CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

proMOTE

assalamualaikum dan salam sejahtera
kami dai berita pemulihan
ingin memberi tahu anda bahawa
seorang jejaka dari unit pemulihan IPGM TAA mempunyai blog baru
di alamat www.shamimsamsuddin.blogspot.com

komentar anda amat kami HARGAI :-)

Saturday, May 30, 2009

TALKIN UNTUK GURU




TANGGAL 16 Mei itu tetap kekal berkaca dalam nubari. Detik waktu yang tidak pernah kulupakan setiap kali musim datang dan pergi. Ia hidup subur mendiami hati. Meresap ke seluruh akal dan jiwa. Mencair di dalam darah dan tisu-tisu yang terus hidup di dalam jasad dan kerangka ini. Jasad yang disuburi dengan kalimah maknawi dan hukum akal budi. Hati yang mekar dibajai dengan luhur ilmu dan wadah pengetahuan yang menghidupkan akal dan roh. Lantas mengikis segala daki-daki kejahilan yang bertunas di lubuk kalbu membina kebijaksanaan. Semuanya itu hadir dari lidah seorang murabbi yang bernama guru. Guru yang tulus menghadiahi keredaan dan keberkatan ilmu yang dianugerahkan.

Kerana itulah, aku tidak pernah lupakan tarikh keramat itu. Tarikh mulus yang harum membaja setiap ketika. Dia guruku yang kekal terpahat namanya di sudut sanubari. Guru yang mewadahkan aku segala-galanya. Dialah Cikgu Hisyam. Guru Bahasa Melayu yang namanya tidak secubit pun lekang dari lidah kerdilku. Cikgu yang menyuntikku aku segugus iltizam dan cebisan semangat yang hampir relai di hujung kedaifan hidup yang diwarisi turun temurun. Dari lidah muadib itu kukenal diksi dan morfologi. Dari halkum tulus itu kukenal aksara dan wacana bahasa tercinta. Dia guruku yang melebat kasih pada warisan bonda dan khazanah ibunda. Dia tidak jemu-jemu memberiku makna dan kata dalam mengisi kamu jiwa.

Kampung terpencil nun di pinggiran kuala yang melekit hanyir dan hamis pukat dan jala. Di hujung deretan rumah-rumah nelayan kecil usang tersergam bangunan kayu yang menjadi nadi anak-anak generasi kampung pesisir Laut China Selatan ini melebatkan diri dengan ilmu dan pendidikan. Sekolah Kebangsaan Laut yang merupakan satu-satunya tumpuan anak-anak nelayan kampung ini mengisi ilmu di dada. Di sini, aku memulakan langkah mengenal kamar darjah dan buku-buku teks separuh usang. Di siniku dihadapkan dengan biji mata guru yang menyala marah kala tidak menyiapkan kerja rumah. Tangan lembut inilah yang menjadi habuan keras berkematu rotan yang hinggap di telapak jari saat didenda guru yang menyinga.

Dialah Cikgu Hisyam yang garangnya bak singa lapar. Suaranya keras menggersik garau di hadapan darjah menyampaikan bilah-bilah kata. Renungnya dalam meneliti setiap tunak mata kami yang tunduk takut diam di tepi meja empat segi yang sedikit uzur. Kami paksakan diri mengutip kata yang mendesih masuk ke celah cuping pendengaran kami. Dari tahun ke tahun, aku cekalkan hati mengisi dada di sekolah tercinta ini. Sekolah kecil yang jauh dari kemudaan asas. Bangunan tinggalan zaman British yang pernah dijadikan markas pentadbiran daerah terpencil pinggir laut ini. Di sebalik segala kekurangan yang ada, aku cekalkan diri menjadi anak nelayan yang miliki secebis azam mengubah kehidupan keluarga.

"Jika bapa dan nenek moyang kamu ditakdirkan menjadi nelayan tradisi, apakah kamu juga akan mewarisi mereka? Tuhan memberi akal dan hati untuk mengubah masa depan bangsa kita yang sekian lama hidup dalam kemelaratan. Sekalipun suatu hari kamu akan menjadi nelayan jadilah nelayan yang berilmu tinggi, " aku tidak pernah lupa kata-kata itu. Kata-kata yang terbit dari halkum Cikgu Hisyam yang tabah mengatur pesan dan pedoman. Kata-kata yang terus mengusik hati nurani ini. Kata-kata yang lebat berdengung dan berdengung menyemarak kalbu kerdil ini. Dia labuhkan harapan dan impian suatu hari nanti ada di antara kami yang bakal berjaya membina kecemerlangan hidup. Kami anak-anak nelayan yang hidup dalam kedaifan dan kepapaan ini hanya mengangguk kecil memasang angan-angan untuk keluar dari kepompong kemelaratan yang membelenggu.

"Irwandi", suatu hari, Cikgu Hisyam memanggil namaku di hadapan kelas. Aku berdiri di hadapannya agak lama sebelum dia membuka mulut. "Cikgu hendak berjumpa dengan ayah kamu. Ada perkara yang ingin cikgu bincangkan. Sejak seminggu kebelakangan ini, kamu kerap tidak hadir ke sekolah. Cikgu tahu ke mana kamu pergi," jelas Cikgu Hisyam menatap mataku yang kuyu tidak bermaya.

"Saya .... saya ikut ayah ke laut. Ayah minta saya menemaninya ....", terangku tergagap-gagap memandang Cikgu Hisyam yang mengangguk-angguk perlahan. Petang itu, tanpa disangka, tubuh Cikgu Hisyam sudah terpacak di hadapan rumahku. Angin laut bertiup kencang menggegarkan atap zink yang lusuh berkarat dengan alunan bunyi menggerunkan. Ayah sambut tangan Cikgu Hisyam sebelum mempersilakan masuk ke ruang rumah yang sedikit berselerak.

"Irwandi satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kami. Dialah yang dapat diharapkan membantu kerja di laut, cikgu kena faham. Kami orang susah."

"Tapi, pelajaran itu penting, pakcik. Pelajaran dapat mengubah masa depan keluarga. Dengan pelajaranlah, bangsa kita dapat keluar dari belenggu kesusahan dan kemiskinan", cikgu Hisyam bersuara meluahkan perasaannya yang terpendam. Ayah hanya mampu diam menelan kata-kata Cikgu Hisyam yang menusuk jauh ke kalbu. Kata-kata yang penuh keikhlasan dan ketulusan itu bagaimanapun langsung tidak mengendurkan perasan ayah. Bagi ayah, anak-anaknya akan mewarisi jejaknya menjadi nelayan. Hidup kami hanya sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Akhirnya ayah beri peluang aku ke sekolah. Menimba ilmu dari lidah para guru yang tidak jemu menyampaikan wadah dan ungkap pesan. Tapi kata ayah ada ketikanya aku perlu menemaninya mencari rezeki di laut. Kesempatan yang diberikan ayah, kugunakan dengan sepenuh hati. Aku ingin menghadap wajah Cikgu Hisyam sambil mendengar rangkap kata dan tutur selokanya di hadapan kelas.

Kata Cikgu Hisyam bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca. Bahasa perantara yang tersebar luas di segenap kepulauan dan daerah. Bahasa yang menjadi wadah penghubung para kelasi kapal, pedagang dan penduduk tempatan mengenal asal usul keturunan sejak zaman berzaman. Bahasa inilah suatu waktu dahulu tersebar jauh setelah kerajaan Melayu Melaka menjadi kuasa besar ekonomi di rantau sebelah sini. Malah, kata Cikgu Hisyam, Bahasa Melayu cukup dihormati oleh pedagang asing hinggakan naskah-naskah sastera bertulisan jawi dibaca segenap orang. Ketika itu, siapa tidak kenal Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Syair Siti Zubaidah dan puluhan karya yang digali dan dikaji pujangga dan budayawan Barat.

Setiap kali tiba tarikh keramat 16 Mei, tiada apa yang kami ingat melainkan meraikan Hari Guru yang tercinta. Kami ingin meluahkan rasa kasih dan cinta agung kami buat guru-guru yang saban waktu mendidik dan mengasuh kami tanpa jemu. Cinta kami kepada guru melimpah mekar setiap detik seperti cinta abadi kami ayah ibu yang memelihara kami sejak kecil. Guru, bagiku adalah wali suci yang diutuskan Tuhan untuk memperkenalkan ku dengan abjad dan aksara. Guru yang amanah menjadi pelita menerangi alam dengan cahaya keilmuan dan obor kebenaran.

Tarikh

Sekolahku di pinggir laut ini tidak pernah melupakan tarikh keramat itu. Tarikh yang terpahat dalam kalendar dan takwim. Lantas, awal pagi lagi, berbondong-bondonglah kami, anak-anak murid yang dikasihi berebut-rebut bersalam dengan para guru di hadapan bangunan sekolah seusai perhimpunan pagi meraikan kegembiraan menyambut perayaan tahunan itu. Segala macam hadiah dan cenderamata kami hulurkan buat guru sebagai tanda penghargaan.

Di dalam kelas, akulah orang terakhir yang menyalami Cikgu Hisyam sambil menghulurkan seplastik berisi ikan masin dan sebungkus belacan tanda hadiahku untuk guru dikasihi. Cikgu Hisyam sambut tanganku sambil mengukir senyum. Walaupun, sedikit segan dan malu yang menjengah hadir, aku pandang mata guru Bahasa Melayu itu penuh makna.

"Terima kasih, Irwandi. Hadiah kamu ini sangat cikgu hargai. Belacan dan ikan masin ini memang makanan kegemaran cikgu. Yang lebih penting lagi, kamu mesti menghadiahkan cikgu kejayaan yang cemerlang di akhir tahun nanti," itu pesan mulus dari mulut Cikgu Hisyam. Aku hanya mengangguk perlahan. Mata guru itu menyilau bagaikan mencabar kemampuanku.

Cabaran Cikgu Hisyam rupanya bukan sekadar mimpi kosong. Beberapa bulan sesudah itu, akhirnya aku berjaya memperoleh kejayaan yang kuidam-idamkan pada peperiksaan akhir. Hanya air mata yang bergenang membasahi pipi tanda kesyukuran yang tidak berbelah bagi. Genap seminggu sesudah itu, air mataku tumpah lagi. Bukan lagi kerana kegembiraan tetapi kesedihan yang tidak mampu kutahan-tahan.

Perahu ayahku karam di tengah laut dalam ribut yang menggila. Jasad ayah hanya ditemui keesokannya dalam keadaan terbujur kaku disambut tangis bonda dan adik-adik yang tidak dapat menerima kenyataan. Cikgu Hisyamlah yang datang menyabarku dengan ungkap pesan dan lirik nasihat yang berulang-ulang. Janji Cikgu Hisyam, dia sanggup membelanjakan sebahagian gajinya untuk membantu keluargaku asalkan sahaja aku mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh di bandar. Aku turuti kemahuan Cikgu Hisyam, meskipun, jauh di lubuk hati kecilku ingin bersama keluarga.

"Jangan berhenti separuh jalan. Perjalanan kamu masih jauh dan berliku, Irwandi. Cikgu yakin seorang anak nelayan seperti kamu bukan dilahirkan untuk mewarisi hidup sebagai nelayan," itulah bekal yang disuapnya berkali-kali setiap kali dijengahnya aku di kampus asrama. Cikgu Hisyam hidupkan jiwaku dengan iltizam dan keyakinan.

"Kemiskinan bukan sesuatu yang perlu diwarisi" aku ingat kata-kata itu. Kata-kata dari lidah guru Bahasa Melayuku. Cikgu Hisyam yang memilih untuk membujang demi membantu aku dan keluarga.

Daripada kampus sekolah berasrama, aku melangkah mengutip satu demi satu kejayaan hingga berjaya melakar nama di menara gading tersohor di ibu negara. Berkat doa dan pesan mulus insan keramat itu yang membantuku zahir dan batin, aku menempa kejayaan luar biasa dengan skor gred tertinggi untuk melayakkan aku menyambung ijazah kedua di luar negara.

Meski, sudah bergelar graduan luar negara sambil menikmati udara dingin, aku tidak pernah lupa tarikh keramat itu. Tarikh 16 Mei yang melimpah kenangan dan ingatan silam. Tarikh suci yang terpercik doa dan cinta abadi untuk guru-guru yang pernah menabur budi.

Kepada Cikgu Hisyam, e-mel penyambung silaturrahim buat insan paling kuhargai itu sesudah aku jauh berkelana di bumi Eropah melengkapkan tesis untuk ijazah kedoktoranku yang kian hampir di penghujungnya. Tidak pernah kulupa sedetikpun untuk membisikkan ucap selamat hari guru setiap kali Mei menjengah singgah di lipatan musim.

Daripada seorang anak nelayan miskin yang tiada apa-apa kini sudah hampir menggenggam gerbang akademik tertinggi. Dalam tempoh terdekat, jawatan pensyarah bertaraf profesor di sebuah universiti tersohor di ibu kota sudah sedia menantiku.

Tanggal 16 Mei menjadi sejarah yang kekal mengharum. Tarikh keramat yang terlalu istimewa . Subur dalam jambangan memori. Nostalgia kasih buat Cikgu Hisyam, guru Bahasa Melayu pertamaku itu tetap ranum melebat di sanubari meski detik hari dan waktu terus berputar jauh . Dialah watak penting yang mengubah perjalanan anak nelayan serba daif dan melarat ini.

"Cikgu Hisyam disahkan mengidap barah otak pada peringkat empat. Tahap serius yang mengganggu sistem saraf ingatannya. Doktor meramalkan jangka hayatnya enam bulan bergantung kepada semangat dan kecekalannya berjuang melawan penyakit," khabar yang diutuskan seorang kenalan merentap perasaan kecilku di kampus Oxford ini. Bayangan wajah insan mulus itu menjengah hadir bertamu di ruangan kalbu dari hari ke hari. Terasa ingin segera terbang pulang ke tanah air menyantuni insan yang berkorban segalanya untuk aku dan keluarga.

Masa pantas beredar di hujung aspal waktu. Detik kepulangan, tiba juga sesudah kusudahi tesis terakhir untuk ijazah doktor falsafah. Sebaik menginjak di bumi tanah tumpah darahku, perkara pertama yang melantun alun fikirku adalah menziarahi Cikgu Hisyam yang telah lebih lima tahun tidak bersua wajah.

Pagi itu, bulan Mei yang cerah, sehari sebelum sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara aku meredah kesibukan jalan raya di ibu kota, sebelum tiba di hadapan rumah kayu berpagar cantik di Jalan Semarak. Halaman yang redup dengan pohon-pohon rimbun menyambut kehadiranku. Aku memberi salam perlahan. Lama kemudian, salamku disambut deheman suara dari hujung kamar. Sebaik melangkah masuk, kutatapi wajah cengkung itu dengan tubuh kurus melidi terbaring tidak bermaya.

"Cikgu tidak kenal saya lagi?" tanyaku dalam getar perasaan. Dia pandang mataku dalam redup kuyu.

"Sayalah Irwandi. Anak murid cikgu di Sekolah Kampung Laut. Profesor Doktor Irwandi," kuperkenalkan diri di hujung cuping telinganya. Dia mengeleng-gelengkan kepala menatap wajahku dengan tidak berkelip. Gerak bibirnya bagai menutur sesuatu.

Kemudian, kukeluarkan seplastik ikan masin dan sebungkus belacan cuba memulihkan ingatannya. Dia tenung mataku dalam-dalam buat seketika sebelum memeluk tubuhku erat-erat dalam leleh air mata yang mula membasahi pipi. Gerak lidahnya cuba berkata sesuatu yang tidak kufahami.

Seharian aku bersamanya berkongsi menghimbau kenangan silam dalam keuzuran diriya yang separuh lumpuh. Berkali-kali aku cadangkan supaya tinggal sahaja bersamaku agar keadaan dirinya terjaga namun dia menolaknya.

Tiga hari sesudah itu, ketika aku baharu sahaja hendak ke pejabat, telefon berdering menyampaikan berita sendu itu. Khabar yang kuterima meluluhkan seluruh hatiku. Cikgu Hisyam menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya seusai solat Subuh. Plastik ikan masin dan belacan pemberianku masih erat di tangannya.

Aku bergegas ke rumahnya membaca Yassin dan doa. Kuuruskan segala urusan pengebumiannya dengan penuh reda. Solat jenazah aku jugalah yang mengimaminya tanda kasih buat guru tercinta. Dari hujung lidahku tidak henti-henti doa mengkhatami bibir kerdilku dalam kepasrahan. Di tanah pusara yang berselubung sunyi, aku jugalah yang membaca lafaz-lafaz talkin untuk seorang muaddib dikasihi yang telah menghadiahi aku segala-galanya. Hanya itulah sumbangan tulusku di hujung ayat-ayat suci dan kalimah doa menatap pusara guru yang kuingati sepanjang hayat.

org BaRu

assalamualaikum..
hai saya ahli baru dlm blog ini
moga menjadi wadah bg semua dak2 pemulihan deh... :-)

Monday, May 25, 2009

RENUNGAN BUAT JIWA2

" Setiap rumah meskipun panjang umurnya, Suatu hari kelak akan ditimpa bencana. Setiap seorang suatu saat akan berjumpa dengan maut, Seakan-akan ia sudah menjadi sasaran yang ditetapkan untuk mati. "

wallahu'alam...

Friday, May 8, 2009

PENANTIAN KE PULAU CHEKAS

Salam sejahtera to all of you..hehe.. Ni template baru.. Yg lame xnmpak la upin ipin kat bwh tu. Dalah dieorg comey. KAN3? Baru2 ni penulis and rumate ade pg Pulau Chekas, atas jemputan seorg kakak. Jadi terniat la di hati ni nak tgk tempat tu kot2 bole lah nak ajak classmate nanti. Jadi nak dipendekkan cerita.......

Kami pun sempat la merancang ckit.. Tempah la van Abg Mie yang keje kat kampus Afzan ni. Mule2 dengar tambang die xjadi la pg.. Selepas dibincang2kan, kesemua puteri Pemulihan yang xbalik pun bersetuju la nak pg. Eh2.. lupe plak??? hehe Ade sorang bukan kelas kteorg.. Die antara perancang utama, namanya Marsharita. die dak Kajian Sosial, tapi bek ngan kteorg ler.. haaa.. Sambung balik citer td. Selepas tu, kami pun mengumpul duit untuk membeli barang2 kepeluan.. Semangat betol kteorg ni. On de spot je wat perancangan..


Soooo.. nak tgk pe kteorg wat kat sane.. Tunggukah Kemunculan akan dtg yek.. hehe.. Salam'alaikum...

Wednesday, May 6, 2009

TANAM POKOK MESTA DAN LONGAN

Assalamualaikum.. hmm. nampaknye blog ni agak menyepi yek.. hmm.xpe2, nanti akan diajak lg penulis2 lain.. hmmm..kali ni nak tunjuk gamba2 sebahagian dak kelas pemulihan ni menanam pokok. bulan 4 ari2 kolej kediaman IPGM kampus afzan ni ade la buat gotong-royong dan program menanam pokok di setiap blok kediaman. jdnye kat cni nak letal la gamba2 yg semangat 'bercucuk tanam ni' hehe....haa.. ni sape ni? ce teke... hehe... si comel ni lah yg telah merasmikan penanaman pokok kelas kami..hehe.. semangat betol dia menggali..mane lubangnye?? (^_^)

Haa..cepat ckit gali 2.. da lame sy 2ggu ni...(si baju itam berkata).. kejap ler..aku gigit kang(yg pegang cangkul lak berkata).. haaa.. penat tau nak gali ni.. yelah, kudrat seorang wanita..tp bole punyer,,tgk la nanti..yg blkang 2 tgah men masak2.. hehe..
TADAAA... ni la die hasilnya kami seme manggali tadi... kat cini xseme la ade dlm gamba coz ade yg pg amek makanan, ade yg kene pg gotong-royong... tp kat dlm gamba ni ade kwn bek dak kelas kteorang.. tu yg tertunduk malu tgah pegang pokok tu..hehe..


Ni nak kene tunggu pokok ni tumbuh plak.. lecturer kate ade la dlm 5 taun.. xtau la sempat ke x kteorg..tp xpelah..janji program ni dpt rapatkan kteorg seme.. dak2 laki jgn x caye lak kteorg menggali tau... buat permulaan ni, ckit jela dulu gamba.. mau kasi suprise.. k.. tata semua.. (^_^)