CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 28, 2009

IBU

“Emak jangan lupa masakkan gulai tempoyak ikan patin Raihan tau!”. “Baik, mak akan masak lauk kegemaran kamu. Kamu yang mak risaukan, takut tak jadi balik pula!”. “Isk, mak, sekarang ni cuti semester, mestilah semua orang balik, mak jangan risau, petang jumaat ni, Raihan terpacak dah ada kat depan pintu rumah. Lagipun, mana boleh lepaskan peluang sambut hari jadi Raihan dengan mak!”. “Hm, kalau macam tu, lega hati mak, lagipun mak ada hal sikit dengan kamu.”. “Hal apa pula? Mengenai pak lang lagi? Takkanlah dia masih tak puas hati dengan tanah arwah ayah tu? Bukankah dia dah dapat bahagian dia?”. “Oh, bukan pasal pak lang kamu, nanti kamu balik, kamu akan tahu.”. “Ala, mak ni, dengan Raihan pun nak buat kejutan.”. “Apa salahnya, sekali sekala, hm, mak nak pergi pasar, nak tempah ikan patin kamu dulu, nanti boleh makan yang segar, isinya manis sekali.”. “Hm, baiklah mak, Raihan pun ada kelas, Raihan pergi dulu mak, assalamualaikum.”. “Waalaikumussalam.”. Emak, satu-satunya insan yang paling aku sayangi di dunia ini. Dialah ibu, dialah bapa, dan aku, satu-satunya tempat dia meluahkan segala perasaan, anak tunggalnya. Emak seorang yang tabah, lebih-lebih lagi setelah pemergian arwah ayah yang menghidapi sakit jantung. Kami tidak pernah mengetahui bahawasanya yang penyakit tersebut bisa meragut nyawa ayah kerana itulah kali pertama dan terakhir penyakit tersebut menyerang ayah lalu menyebabkan kematian. Namun, emak sentiasa percaya, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah pesanan arwah ayah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di pangkuan emak dan waktu itu aku baru berumur lapan tahun.

Dua belas tahun telah berlalu. Kenangan bersama-sama arwah ayah masih segar dalam ingatan. Rasanya seperti baru semalam ayah membawa aku menaiki motor kapcainya untuk ke ladang. Aku sering menemani ayah ke ladang kelapa sawit beliau pada hujung minggu. Walaupun ayah mempunyai pekerja bawahannya, namun dia tetap membantu mereka juga. Ayah sering mengingatkan diriku supaya mengikhlaskan hati dalam setiap perbuatan, pasti Allah akan membalas dengan balasan yang baik.

Tetapi kini, ayah sudah tiada. Walaupun emak tidak mampu untuk membuat kerja-kerja seperti ayah, namun emak bijak menguruskan ladang tersebut. Para pekerja amat menghormati emak sepertimana mereka menghormati arwah ayah dahulu. Ketabahan emak membuatkan aku juga tabah menghadapi hidup ini tanpa seorang ayah tetapi aku tidak sekuat emak yang mampu menyembunyikan perasaannya.

Setibanya di rumah,seminggu kemudian, mak long menyambutku di muka pintu. Selepas bersalaman aku bertanyakan ibuku. “Mak long, mana ibu?”. “Raihan, apa yang mak long hendak beritahu pada kamu ini, hendaklah kamu terima dengan redha. Emak kamu ditimpa kemalangan pagi tadi. Dia dalam perjalanan ke pasar untuk mendapatkan ikan patin yang telah ditempahnya daripada Pak Mat. Motor yang dinaikinya ranap dirempuh lori. Sekarang doktor dalam usaha menyelamatkan kakinya kerana kedua-dua belah kakinya tersepit sewaktu kemalangan tersebut.”

Aku hanya mampu berdoa supaya ibuku selamat. Aku tidak sanggup lagi menerima kehilangan insan yang aku sayangi. Air mata yang mengalir tidak henti, menemaniku sepanjang perjalanan ke hospital. Semua orang yang berada di sekelilingku berusaha menenangkanku dengan meniupkan kata-kata semangat. “Ya Allah, moga diberikan peluang lagi untuk merasai kasih sayang seorang ibu,” pintaku.

Sila nantikan nukilan sahabat pemulihan yang lain..(^_^)

Wednesday, September 2, 2009

Salam Ya Ramadhan…

Salam’alaikum smuer… haaa..mcm ne pause sahabat2? Especially dak2 pemulihan ni..

Ok tak pose? Ade ker yg pg kantin waktu rehat?.. hehe.. Blog ni tak berseri pulak bulan2 mulia ni..

Penat ke nak lawat-melawat blog ni..sy yg malas nak update sebenarnyer..haaaa.. Pe azam kiter sempena Ramadhan yg mulia ni? Pe erti Ramadhan wat kite? Adakah hanya sekadar tahan nafsu makan ngan minum jek? Atau sebab org len pose kite pun ikot jek, coz kalau nak mkan malu plak..kan3? (fikir2kan lah yerr)

Jom kite tinjau2 golongan org yang puase mcm ne ade antare2 kite semua ni :

1) Golongan yg berpuasa dgn menjage diri dr makan dan minum sje tp tetap melakukan maksiat zahir(puasa pd nama). Maksiat zahir ni contohnyer kite buat something yg Allah da larang dr segi luarannye such as, menipu, berkata yg tak baik, byk lagi laa.

2) Mereka yg terjaga drpd makan, minum dan maksiat2 zahir tp kadang2 tak dpt nak lari dr maksiat batin..haaa.. yg kite panggil seketul hati tu.. yg itulah dr segi batinnyer..(puasa khusus). Bile da berkenaan dgn hati ni, mmg payah kite nak jage, tp kite perlu berusaha.. kerana Allah tidak memandang hasil ape yg kite dapat, tapi ape yg dah kite cube buat dan usaha untuk dpt redha dan sentiasa bkejar2 nak mendekatiNya.

3) Mereka berjaya menahan diri mereka dari nafsu makan, minum, maksiat zahir dan maksiat batin.. Golongan yg dpt melakukan dgn jayanya, maka amat beruntungah mereka coz bukan senang untuk kita meraih sesuatu yag amat disukai oleh Allah.. Semuanya perlukan kesabaran dan kekuatan jiwa dengan pertolongan dariNya juga.

Jadi, sempena kita menjalankan salah satu drpd rukun islam ni, same2 lah kite mencube yg terbaik dalam menjalankan ibadah ini. Namun, jgnlah kite mencerca niat baik seseorang itu biarpun dia pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Anggaplh di bulan yang mulia ni, adalah medium yg paling berharge buat diri kite untuk mengubah diri.. wallahualam~