CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 8, 2009

mencari yang hakiki~~~

psstt..hehe,oleh sebab keboringan tahap cipan duk umah pada jam 12:08 a.m. hr ni(hr sabtu nk msk ahad,8hb nk g 9hb),maka ak amek keputusan ntok menciplak satu cerpen drpd majalah 'Mingguan Wanita' bil:1330,15-21 Mei bersamaan 20-26 Jamadilakhir 1430 dan diterbitkan oleh Kump. Karangkraf Sdn. Bhd...hehe,tujuan menciplak ini adalah ntok hiburan semata dua mata kerna bdak2 ske baca cerpen n lg satu watak utama cerpen ni...Nur Syahadah namanye..dekat2 ngan namaku,Nur Syuhada...hehe..wat santapan mata dan renungan bersama,terimalah.."Jalan ke Syurga"...
Kelu. Nur Syahadah terdiam. itulah keputusan suaminya...Mampukah diterima? "Abang cintakannya..." Nur Syahadah menentang bebola mata suaminya yang seperti takut-takut memandangnya. "Abang tak cintakan Nur?"..."Abang juga cintakan Nur.."suaminya bersuara lemah.
"Bohong! Abang tak cintakan Nur! Kalau tidak abang tak sanggup menyakiti hati Nur begini..."Amarahnya terhambur. Perasaan sakit hatinya terburai. Sesungguhnya dia bukan sekuat para ummul mukminin yang dapat menerima pembahagian kasih sebegitu.
"Maafkan abang, Nur. Abang tak sangka perkenalan itu membawa abang sehingga mempunyai perasaan sebegini. Tapi abang juga cintakan Nur, percayalah!"
Nur Syahadah diam. Mengawal getar rasa di dalam jiwa. Suaminya menundukkan muka. Mengharapkan pengertian. Mudahnya! Mudahnya suaminya bercakap! Hatinya mengomen.
"Baik. Bawa Nur jumpa dengannya dulu." Dia memutuskan. Apa yang dipertuturkan amat berlainan dengan apa yang di dalam benaknya.
Sejak kecil dia hidup berkongsi kasih ibu..ayah..abang..kakak dan adik-adik. Namun, tiada disangka kali ini dia perlu berkongsi kasih suami pula..
"Assalamualaikum, kak" Si gadis 'Aisyah bersuara.
Nur Syahadah berpaling. Dia memandang gadis itu dari atas kepala hingg ke kaki. Konon tunjuk baiklah tu!
"Oh, inilah perempuan yang hendak merampas suami aku!" Nur Syahadah bersuara keras.
"Nur..." Suaminya, Mukhlis menegur.
"Saya bukan merampas suami kak. Saya cuma hendak menumpang kasih,"jelas 'Aisyah.
Menderam rasa marah di dalam dada Nur Syahadah.
"Macam dah tak ada orang lain dah awak nak cari ye!! Main nak tumpang-tumpang pula!"
Gadis itu menundukkan kepala di hadapannya.
"Maaf, kak. Saya pun tak sangka saya akan ada perasaan ini kepada suami akak. Sungguh. Saya tak sedar bila perasaan ini mula tumbuh di dalam hati saya.." tutur gadis itu dengan penuh sopan.
Namun, perlakuan gadis itu langsung tidak menarik hati Nur Syahadah. Apa yang dia tahu ialah hatinya yang menangis.
"Awak tak fikir ke bagaimana perasaan seorang wanita bila suaminya terpaksa dikongsi dengan wanita lain?" soal Nur Syahadah.
"Saya faham, kak. Tapi, kak... Hidup ini takkan dapat lari dari perkongsian... Kita berkongsi Tuhan yang sama... Rasul yang sama... Ibu... ayah... adik... kakak.."
"Habis tu.. kau nak aku berkongsi suami pula! Mudahnya kau bercakap!" sergah Nur Syahadah tanpa disangka-sangka.
"Nur, tolonglah fahami perasaan abang.. Abang di dalam dilema! Abang mencintai 'Aisyah, abang juga mencintai Nur.."
"Yang mana abang lebih cintai? Nur atau dia?"
"Abang sayang kedua-duanya sekali! Abang tak sanggup kehilangan Nur. Abang juga tak sanggup kehilangan 'Aisyah."
"Abang kena pilih salah satu! Nur atau dia?"
"Jangan buat abang pening, Nur!"
"Kasihankan, abang Mukhlis, kak!" suara 'Aisyah.
Kasihankan abang Mukhlis... ejek Nur Syahadah di dalam hati. Perasaan aku... ada orang kasihan? Mereka hanya pentingkan diri!

**********
Nur Syahadah cuba menakung kesabaran.. ketabahan.. sedapat mungkin. Dia cuba mencari kekuatan. Atas restunya Mukhlis dan 'Aisyah disatukan. Tetapi, Nur Syahadah meletakkan syarat supaya mereka diasingkan dalam rumah yang berlainan. Mukhlis setuju. Nur Syahadah sendu.
Bagaimana hatinya tidak tersayat pilu? Baginya, Mukhlis tidak lagi mencintainya.
Sesuatu yang amat berat untuknya menerima pembahagian kasih begini. Namun, dicuba juga memujuk hatinya. Ketika majlis perkahwinan di antara Mukhlis dan 'Aisyah berlangsung, Nur Syahadah mengambil keputusan untuk bercuti di kampung halamannya. Biarlah dia seorang diri mengusung duka ini. Walaupun ia semakin memamah jiwa, Nur Syahadah cuba juga bermanis muka dengan ibu da adik-adiknya.
"Pergi hantar pinggan itu ke singki", Nur Syahadah menyuruh anaknya, 'Ain Naqayah.
Nur Syahadah bangun pergi mencuci pinggan-pinggan setelah selesai makan malam bersama keluarga. Sang ibu datang menghampiri.
"Kenapa kau tak halang mereka kahwin?" soal ibunya.
"Biarlah ibu... mungkin dah jodoh mereka," ujar Nur Syahadah berserah kepada takdir.
"Mana boleh!" bentak ibunya. "Masa susah kau bersama dia, kau tanggung kesusahan bersama. Masa senang mudah-mudah aje dia cari yang lain."
Emosi Nur Syahadah terikut naik dengan kata-kata itu. Sudahnya air hening itu bergenang di pelupuk matanya dan perlahan-lahan menyusur pipi.
"Memang sudah nasib Nur agaknya, Bu.."
Nasib? Betulkah ini memang nasibnya? Memang nasib itu ada yang boleh dipilih dan ada juga boleh ditolak. Tetapi, kenapa suaminya memilih nasib yang begini..? Benarlah suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Habis, kenapa dia harus menunggu lagi?
Nur Syahadah nekad. Dia mahu supaya perkahwinannya dengan Mukhlis ditamatkan dengan penceraian.
"Nur!" Suara suaminya melantun keluar. "Nur tak fikir masa depan anak-anak kita ke?"
"Nur dah fikir. Nur rasa ini yang terbaik buat diri Nur. Lagipun abang dah tak perlukan Nur lagi," lancar bicaranya terluah dari bibir mungilnya.
"Apa Nur merepek ni? Siapa kata abang tak perlukan Nur. Abang perlukan Nur.. Abang perlukan anak-anak kita."
"Abang tak mancintai Nur. Abang mencintai 'Aisyah. Jadi buat apa Nur tunggu lagi? Hati Nur akan bertambah terseksa bang.. mengharapkan kasih sayang orang yang tidak lagi mencintai kita."
"Abang mencintai Nur."
Memang pernyataan itu kalau didengar bisa menyembuh luka yang bernanah. Namun, bagi Nur Syahadah pernyataan itu tidak memberi apa-apa makna. Dia tahu suaminya hanya terantai dengan perasaan bersalah untuk melepaskannya, bukan mencintainya.
"Kalau abang sayangkan Nur, abang lepaskan Nur."
"Tidak! Abang tak boleh kehilangan Nur.." Air mata kelakiannya terhulur keluar.
Nur Syahadah tahu air mata itu hanya kerana simpati, bukan kerana cinta.
"Abang, Nur hendak menerima hakikat. Berilah peluang Nur belajar menerima hakikat yang abang tidak mencintai Nur lagi. Hati abang telah berubah.."
"Hati abang tidak pernah berubah, Nur. Hati abang masih mencintai Nur.."
Mukhlis cuba menghalang Nur Syahadah daripada pergi. Dia memegang erat tangannya.
"Kalau betul Nur tak mahu bersama abang lagi.. biar abang yang keluar dari rumah ini." Mukhlis memutuskan.
"Tak, abang." Nur Syahadah menyangkal. "Biar Nur yang keluar. Nur tak boleh terus tinggal dalam rumah yang telah kita bina dengan kasih sayang ini. Nur nak lupakan segala-galanya. Rumah ini hanya mengingatkan Nur kepada abang dan kenangan kita bersama."
"Nur nak lupakan abang?" tanya Mukhlis.
Soalan Mukhlis tergantung tanpa jawapan. Nur Syahadah lantas melangkah keluar dari rumah itu.
**********
Bukan senang hendak membuang kenangan. Apatah lagi kalau kenangan itu berkaitan dengan orang yang kita cintai dengan setulus hati. Apatah lagi kalau cinta itu kerana Allah.
Benarkah cintaku kerana Allah? Dia bertanya sendiri.
Dia kelu. Dia pun tak tahu. Hatinya amat pedih untuk menerima hukum yang Allah tetapkan itu. Hukum yang satu itu.. yang kalau ditanya mana-mana wanita pun akan rasa berat menerimanya. Apakah kerana perasaan ini aku dikira tidak mencintainya kerana Allah?
Dia teringat apa yang dibacanya mengenai keadilan berpoligami. Islam hanya mensyaratkan keadilan dari harta benda dan nafkah. Islam tidak mensyaratkan penyamaan perasaan kasih sayang terhadap isteri-isteri. Rasulullah sendiri menangis di dalam doanya kerana berasa tidak dapat membahagikan kasih seadilnya. Ini kerana hatinya lebih mencintai Saiditina 'Aisyah.
Bagaiamana hendak diterimanya kenyataan itu? Apakah dia tamak kerana hendak membolot kasih suami seorang diri?
Dia bukannya tamak! Hatinya menafikan. Hatinya cuma terasa pedih untuk menerima hakikat yang suami lebih mencintai perempuan lain melebihinya. Adakah itu dikira tamak?
Bukankah kita boleh bersedih di atas musibah yang menimpa kita? Bersedih bukan bermakna kita tidak reda dengan ujian yang Allah beri. Bukankah Rasulullah pernah merembeskan air mata ketika kematian anaknya, Ibrahim.
Apakah sesuatu hukum Allah itu merupakan musibah dari-Nya? Ya Allah sesungguhnya aku tak berdaya untuk menanggung semua itu! Memang jalan ke syurga itu penuh mehnah.
...................02:48 a.m. baru tamat menaip berlatarbelakangkan lagu 'Nur Kasih' nyanyian Yassin yang menjadi lagu tema drama 'Nur Kasih' pada setiap hari Jumaat pkol 9mlm di tv3.....................
camne kowang2 yg baca cerpen nih?heh,kasi tau ak tau komen kowg,bagi aku cerita ni sedey la gak,da la watak utama nama nk dkat dgn ak..wuwuwu..hm,kalo nk mempositifkan pkiran,baik Nur xpyh divorce,nanti kt akhirat sok dpt payung emas,lagi pon lelaki makin sikt,pompuan makin ramai,tak mustahil r nanti ad yg terpaksa berkongsi-sharing is caring kn?..haha,pe salahnye,poligami kn sunnah nabi,bley meramaikan ummat Islam,elak maksiat,mane tau family pompuan 2 susah ke,secara automatik dapat gak pahala...tp dalam positif mesti ad negatif kalo xdivorce,hari2 mkn hati,dok jeles n saket ati(xbek tau,dose)krn kasih yg t'paksa dikongsi,suami terpaksa bahagikn masa sebab ad keluarga laen plak..efek kt anak lewr......kalo positif dvorce,hidup bebas,ad anak2 je ntok dilayan,xpayah pk pasal laki,ad lg kesempatan carik pengganti or die hard fan(kipas-susah-mati)tyme sblom kawen dlu,bley concentrate kt impian yg xdpt dicapai tyme da kawen hr tuh,..hm,tp ad gk negatifnye penceraian..anak2 xde bapak walhal bapak idop segar-bugar lg,tua esok idop sengsowg la(kalu xcari pengganti),masyarakat xske sket janda2 title nih,syaitan tepuk tgn r sebab berjaya runtuhkan masjid...hm..memang hidup ni payah,sentiasa penuh cabaran,biasalah,dalam menuju kebaikan pasti ad rintangan,ad pantun la plak,
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-lenang kemudian.
heh..tp mesti ingat,Allah akan menguji hambanya dengan beban yang boleh dipikulnya dan setiap yang berlaku pasti ad hikmahnye krn Allah xpernah lupakan kita sesaat pon,namun kita seringkali melupakannya,ad ke patut?hehe,renung2kn dan slamt beramal..Ya!Ha!..

Wednesday, August 5, 2009

claSsiC NameS

~ kasturi ~ aDuka ~ seRi ~ KasTuri ~ kastUrI ~

PAHLAWAN TERBILANG (*_*)
Saleh, Hakim, Sharbini - Kasturi
Shamim - Seri
Zikrul - Aduka

~ keNanGa ~ daRa ~ KesuMa ~




~ tUn teJa ~ keNanGa ~

~ ChiNta ~ kAsiH ~

~ pUspA waNgi ~ chIntA ~

~ tuN TejA ~ meLAti ~ pUsPa SarI ~

BUNGA INDAH DI AFZAN (^_~)
Amalina- Puspa Wangi
Afiqah, Nurul, Fadhilatul- Puspa Sari
Adawiyah, Fatin- Dara
Syuhada, Azilah- Melati
Ain, Zalida- Chinta
Hidayah, Zuraihan- Kenanga
Hidayu, Jannah- Tun Teja
Anisa- Kasih
Ayu Janah- Kesuma


pelik tak tgk name2 ni? haaaa.. ni la name2 klasik yg telah dianugerahkan kpd pahlawan2 terhensem dan bunga2 teranggun di bumi afzan... maka dengan ini termaktub lah bhw mereka semua ni amat2 la sepadan dgn penganugerahan yg telah diterima... Alhamdulillah
bagi yg berkembar nama mcm kasturi 2, dieorg memang mesti mempunyai kelebihan dan kekuatan yang hampir sama..
kalu mcm puspa sari yang ade 3 orang tu, xpasti la plak kelebihan dieorg sama or x.. hehe.. (terutama yg partner die wan malini..huhu)
cube renung2kan, name2 yang telah disepadankan dengan name sebenar kiter ni, adekah seperti diri kiter yg sekarang ni..
haa.kalu xtau bunga or pahlawan tu mcm ne, cube2la kaji name2 klasik yg baru tu.. kalu sy, puspa wangi, puspa sari, Chinta... haaa.. cam xpenah dengar jek...
tp jgn la obses sgt degan benda2 ni.. sekadar hiburan semate2 utk eratkan kite.. juge menjadikan kite sntiasa ingat dr mane kite dtg dan pe kelebihan2 dan kekurangan sebenar yang DIA telah kurniakan..

akhirnya, sekalung, sebulat, sepetak terima kasih kepada syuhada hamdan(melati) kerana sanggup bersengkang mate menunggu name2 kami..hehe..(mcm berat sgt je cari name 2..huhu)

k...slamat bertemu di post yg len...

Tuesday, July 7, 2009



MAWARIANZ ~ PEMULIHANZ

aik?? xkan pakai straw lak dik ain oiii!!!


comel benornyer dieorg decorate buahnyer..hehe..thanx coc melibatkan diri.. sayaaangg korang semer..(*_*)

Tanggal 4 Julai 2009!!!

wah wah wah... mcm lah tarikh bersejarah sgt..hehe..

haaa.. tanggal tarikh di atas telah diadakan oleh Helwi iaitu lajnah dlm BIAGA kat Afzan ni program SEHARI BERSAMA MUSLIMAH (SBM)...

maka dengan ini, telah wujud lah beberapa pertandingan dan aktiviti..

Antaranya ialah aerobik, 'decorate' buah, ade gerai jualan, pameran, main2 permainan tradisional dan paduan suara..

kebetulan la plak, ahli pemulihan yang duk blok mawar ni ramai yang xblik, maka mreka ni terpilih la masuk salah satu pertandingannya!!! ce teke pertandingan pe??? tengok gamba kat atas pun da tau kan.. hehe.. dengan seikhlas hatinya 4 org wakil blok mawar menyertai pertandingan ni. sape orangnye..kat atas tdlah gamba2nyer..

p/s : semalam kite jd kawan, kerna KENANGAN silam...hari ni kte masih bkawan , kerna JANJI smlm... esok kte akan terus bkawan , kerna hari ni kte sentiasa menDOAkan... hari2 kemudian kte akan bkawan, kerna esok kte ade AZAM... tp andai esok tiada lagi, kite semua TETAP KAWAN.. kawan SELAMA2nya.. yang sentiasa bersama dalam menjalankan amanah ALLAH.. Ameeennnn..


Saturday, June 27, 2009

sEm 3!!!


Salam'alaikum..

Lame sudah tidak bersua. Nampaknya makin bertambah yang ingin menulis dlm blog ni..

Tenkiu2... (^_^).. jd di kesempatan ni sy nak memakbulkan hajat slh seorg sahabat pemulihan ni.. katenye, jgn lupe letak gamba dier.. hehe.. coz die duk blok lain, makanya gamba gotong-royong ari2 die xde la kat blok mawar ari2..

Dan dah menulis kat blog ni, nak la sy berikan suntikan semangat buat diri sndiri, shbt2 kelas pemulihan dan seme la guru pelatih kat seme maktab, seperti tema hari guru tahun ni, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, agak2 pe yg tersirat dalam pkataan yang tersurat dalam ayat ni??? sy rase seme dpt memahami pe yg ingin disampaikan, sonye berusahalah kita untuk membuat pembinaan terhadap negara melalui bakal2 peneraju iaitu anak2 bangsa negara.. bukan skadar ilmu biasa, tetapi biarlah yg dpt melahirkan insan penuh dgn luar biasa. Justeru, jdkan kita antre yg luar biasa tu..k..

JOM TGK WAJAH2 BAKAL JURUTERA MURID, AND GENERASI AKAN DTG..

SELAMAT MENJAMU PENGLIHATAN ANDA! (*_*)




ni lah makanan2 yg dibeli tanpa dirancang.. nseb bek ramai boleh m'hapuskannya...hehe

ni same kerongsang plak..jgn gado tertuka sudah..jgn amek yg org, sewa bole lah..huhu
cantik tie2 sdare ni.. same plak tue.. jgn ilang tau! jage molek2!



Friday, June 19, 2009

sALam kepuLanGan

psssstt...cti da abes!!!daaa..hehe..sem baru bermula!!nmpknye para penghuni sebuk mengemas brg2..uu..bwk brg br nmpk?heh,dun worry,afzan pon up 2 date die punye rulez cam kowg2 gk..hehe..(ad makne tuh)..hm..blan 7 nanti ad junior la nmpknye..(itupon if ad coz pemulihan)hehe..xpe2..itu len ari kte cite..hm,da most important thing is kowg2 bwk blik pe ek?hehe..kongsi2 lewr,ntok kte2 jer..hm,result?oh,no!!4 some people it was a gud news but 4 another it was a disasterrrrr lorh..hm,no matter what,we must keep goin rite?!ces,speakin lak,heh,sem br mesti smgt br tau?dun play2 maaa..emm..juz wanna wish smoge slamat sampai ke afzan,hrp kowg2 dlm keadaan yg sempurna tika membaca tinta ini,heh,bg yg nek tren tuh,jgn bengang2 if tren tuka tyme ke,or kepanasan yg melampau dlm gerabak,or maybe tren meninggalkn anda,jgn marah2 nanti cepat tue..bg yg nek bas pule seperti ana,aishhh,tersyasul plak,hehe,sabo2 le dok kt pekeliling sambil telan asap bas tu ek(eh,br t'ingat yg tiket trans ak xbli ag),lg satu kalo ad yg nek slaen kenderaan yg ditulis di atas contohnyer motokar,hm,hati2 ek,ikat tali pinggang sluar elok2!lg satu kenderaan yg xdisebot mungkin ader yg membawa pulang sebijik keta kebal ke,pe ag..fire r!!hehe,papehal doaku mengiringi dayang2ku sume beserta pandikar2ku,moga slamat dunia akhirat..amin~~~

Sunday, May 31, 2009

proMOTE

assalamualaikum dan salam sejahtera
kami dai berita pemulihan
ingin memberi tahu anda bahawa
seorang jejaka dari unit pemulihan IPGM TAA mempunyai blog baru
di alamat www.shamimsamsuddin.blogspot.com

komentar anda amat kami HARGAI :-)

Saturday, May 30, 2009

TALKIN UNTUK GURU




TANGGAL 16 Mei itu tetap kekal berkaca dalam nubari. Detik waktu yang tidak pernah kulupakan setiap kali musim datang dan pergi. Ia hidup subur mendiami hati. Meresap ke seluruh akal dan jiwa. Mencair di dalam darah dan tisu-tisu yang terus hidup di dalam jasad dan kerangka ini. Jasad yang disuburi dengan kalimah maknawi dan hukum akal budi. Hati yang mekar dibajai dengan luhur ilmu dan wadah pengetahuan yang menghidupkan akal dan roh. Lantas mengikis segala daki-daki kejahilan yang bertunas di lubuk kalbu membina kebijaksanaan. Semuanya itu hadir dari lidah seorang murabbi yang bernama guru. Guru yang tulus menghadiahi keredaan dan keberkatan ilmu yang dianugerahkan.

Kerana itulah, aku tidak pernah lupakan tarikh keramat itu. Tarikh mulus yang harum membaja setiap ketika. Dia guruku yang kekal terpahat namanya di sudut sanubari. Guru yang mewadahkan aku segala-galanya. Dialah Cikgu Hisyam. Guru Bahasa Melayu yang namanya tidak secubit pun lekang dari lidah kerdilku. Cikgu yang menyuntikku aku segugus iltizam dan cebisan semangat yang hampir relai di hujung kedaifan hidup yang diwarisi turun temurun. Dari lidah muadib itu kukenal diksi dan morfologi. Dari halkum tulus itu kukenal aksara dan wacana bahasa tercinta. Dia guruku yang melebat kasih pada warisan bonda dan khazanah ibunda. Dia tidak jemu-jemu memberiku makna dan kata dalam mengisi kamu jiwa.

Kampung terpencil nun di pinggiran kuala yang melekit hanyir dan hamis pukat dan jala. Di hujung deretan rumah-rumah nelayan kecil usang tersergam bangunan kayu yang menjadi nadi anak-anak generasi kampung pesisir Laut China Selatan ini melebatkan diri dengan ilmu dan pendidikan. Sekolah Kebangsaan Laut yang merupakan satu-satunya tumpuan anak-anak nelayan kampung ini mengisi ilmu di dada. Di sini, aku memulakan langkah mengenal kamar darjah dan buku-buku teks separuh usang. Di siniku dihadapkan dengan biji mata guru yang menyala marah kala tidak menyiapkan kerja rumah. Tangan lembut inilah yang menjadi habuan keras berkematu rotan yang hinggap di telapak jari saat didenda guru yang menyinga.

Dialah Cikgu Hisyam yang garangnya bak singa lapar. Suaranya keras menggersik garau di hadapan darjah menyampaikan bilah-bilah kata. Renungnya dalam meneliti setiap tunak mata kami yang tunduk takut diam di tepi meja empat segi yang sedikit uzur. Kami paksakan diri mengutip kata yang mendesih masuk ke celah cuping pendengaran kami. Dari tahun ke tahun, aku cekalkan hati mengisi dada di sekolah tercinta ini. Sekolah kecil yang jauh dari kemudaan asas. Bangunan tinggalan zaman British yang pernah dijadikan markas pentadbiran daerah terpencil pinggir laut ini. Di sebalik segala kekurangan yang ada, aku cekalkan diri menjadi anak nelayan yang miliki secebis azam mengubah kehidupan keluarga.

"Jika bapa dan nenek moyang kamu ditakdirkan menjadi nelayan tradisi, apakah kamu juga akan mewarisi mereka? Tuhan memberi akal dan hati untuk mengubah masa depan bangsa kita yang sekian lama hidup dalam kemelaratan. Sekalipun suatu hari kamu akan menjadi nelayan jadilah nelayan yang berilmu tinggi, " aku tidak pernah lupa kata-kata itu. Kata-kata yang terbit dari halkum Cikgu Hisyam yang tabah mengatur pesan dan pedoman. Kata-kata yang terus mengusik hati nurani ini. Kata-kata yang lebat berdengung dan berdengung menyemarak kalbu kerdil ini. Dia labuhkan harapan dan impian suatu hari nanti ada di antara kami yang bakal berjaya membina kecemerlangan hidup. Kami anak-anak nelayan yang hidup dalam kedaifan dan kepapaan ini hanya mengangguk kecil memasang angan-angan untuk keluar dari kepompong kemelaratan yang membelenggu.

"Irwandi", suatu hari, Cikgu Hisyam memanggil namaku di hadapan kelas. Aku berdiri di hadapannya agak lama sebelum dia membuka mulut. "Cikgu hendak berjumpa dengan ayah kamu. Ada perkara yang ingin cikgu bincangkan. Sejak seminggu kebelakangan ini, kamu kerap tidak hadir ke sekolah. Cikgu tahu ke mana kamu pergi," jelas Cikgu Hisyam menatap mataku yang kuyu tidak bermaya.

"Saya .... saya ikut ayah ke laut. Ayah minta saya menemaninya ....", terangku tergagap-gagap memandang Cikgu Hisyam yang mengangguk-angguk perlahan. Petang itu, tanpa disangka, tubuh Cikgu Hisyam sudah terpacak di hadapan rumahku. Angin laut bertiup kencang menggegarkan atap zink yang lusuh berkarat dengan alunan bunyi menggerunkan. Ayah sambut tangan Cikgu Hisyam sebelum mempersilakan masuk ke ruang rumah yang sedikit berselerak.

"Irwandi satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kami. Dialah yang dapat diharapkan membantu kerja di laut, cikgu kena faham. Kami orang susah."

"Tapi, pelajaran itu penting, pakcik. Pelajaran dapat mengubah masa depan keluarga. Dengan pelajaranlah, bangsa kita dapat keluar dari belenggu kesusahan dan kemiskinan", cikgu Hisyam bersuara meluahkan perasaannya yang terpendam. Ayah hanya mampu diam menelan kata-kata Cikgu Hisyam yang menusuk jauh ke kalbu. Kata-kata yang penuh keikhlasan dan ketulusan itu bagaimanapun langsung tidak mengendurkan perasan ayah. Bagi ayah, anak-anaknya akan mewarisi jejaknya menjadi nelayan. Hidup kami hanya sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Akhirnya ayah beri peluang aku ke sekolah. Menimba ilmu dari lidah para guru yang tidak jemu menyampaikan wadah dan ungkap pesan. Tapi kata ayah ada ketikanya aku perlu menemaninya mencari rezeki di laut. Kesempatan yang diberikan ayah, kugunakan dengan sepenuh hati. Aku ingin menghadap wajah Cikgu Hisyam sambil mendengar rangkap kata dan tutur selokanya di hadapan kelas.

Kata Cikgu Hisyam bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca. Bahasa perantara yang tersebar luas di segenap kepulauan dan daerah. Bahasa yang menjadi wadah penghubung para kelasi kapal, pedagang dan penduduk tempatan mengenal asal usul keturunan sejak zaman berzaman. Bahasa inilah suatu waktu dahulu tersebar jauh setelah kerajaan Melayu Melaka menjadi kuasa besar ekonomi di rantau sebelah sini. Malah, kata Cikgu Hisyam, Bahasa Melayu cukup dihormati oleh pedagang asing hinggakan naskah-naskah sastera bertulisan jawi dibaca segenap orang. Ketika itu, siapa tidak kenal Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Syair Siti Zubaidah dan puluhan karya yang digali dan dikaji pujangga dan budayawan Barat.

Setiap kali tiba tarikh keramat 16 Mei, tiada apa yang kami ingat melainkan meraikan Hari Guru yang tercinta. Kami ingin meluahkan rasa kasih dan cinta agung kami buat guru-guru yang saban waktu mendidik dan mengasuh kami tanpa jemu. Cinta kami kepada guru melimpah mekar setiap detik seperti cinta abadi kami ayah ibu yang memelihara kami sejak kecil. Guru, bagiku adalah wali suci yang diutuskan Tuhan untuk memperkenalkan ku dengan abjad dan aksara. Guru yang amanah menjadi pelita menerangi alam dengan cahaya keilmuan dan obor kebenaran.

Tarikh

Sekolahku di pinggir laut ini tidak pernah melupakan tarikh keramat itu. Tarikh yang terpahat dalam kalendar dan takwim. Lantas, awal pagi lagi, berbondong-bondonglah kami, anak-anak murid yang dikasihi berebut-rebut bersalam dengan para guru di hadapan bangunan sekolah seusai perhimpunan pagi meraikan kegembiraan menyambut perayaan tahunan itu. Segala macam hadiah dan cenderamata kami hulurkan buat guru sebagai tanda penghargaan.

Di dalam kelas, akulah orang terakhir yang menyalami Cikgu Hisyam sambil menghulurkan seplastik berisi ikan masin dan sebungkus belacan tanda hadiahku untuk guru dikasihi. Cikgu Hisyam sambut tanganku sambil mengukir senyum. Walaupun, sedikit segan dan malu yang menjengah hadir, aku pandang mata guru Bahasa Melayu itu penuh makna.

"Terima kasih, Irwandi. Hadiah kamu ini sangat cikgu hargai. Belacan dan ikan masin ini memang makanan kegemaran cikgu. Yang lebih penting lagi, kamu mesti menghadiahkan cikgu kejayaan yang cemerlang di akhir tahun nanti," itu pesan mulus dari mulut Cikgu Hisyam. Aku hanya mengangguk perlahan. Mata guru itu menyilau bagaikan mencabar kemampuanku.

Cabaran Cikgu Hisyam rupanya bukan sekadar mimpi kosong. Beberapa bulan sesudah itu, akhirnya aku berjaya memperoleh kejayaan yang kuidam-idamkan pada peperiksaan akhir. Hanya air mata yang bergenang membasahi pipi tanda kesyukuran yang tidak berbelah bagi. Genap seminggu sesudah itu, air mataku tumpah lagi. Bukan lagi kerana kegembiraan tetapi kesedihan yang tidak mampu kutahan-tahan.

Perahu ayahku karam di tengah laut dalam ribut yang menggila. Jasad ayah hanya ditemui keesokannya dalam keadaan terbujur kaku disambut tangis bonda dan adik-adik yang tidak dapat menerima kenyataan. Cikgu Hisyamlah yang datang menyabarku dengan ungkap pesan dan lirik nasihat yang berulang-ulang. Janji Cikgu Hisyam, dia sanggup membelanjakan sebahagian gajinya untuk membantu keluargaku asalkan sahaja aku mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh di bandar. Aku turuti kemahuan Cikgu Hisyam, meskipun, jauh di lubuk hati kecilku ingin bersama keluarga.

"Jangan berhenti separuh jalan. Perjalanan kamu masih jauh dan berliku, Irwandi. Cikgu yakin seorang anak nelayan seperti kamu bukan dilahirkan untuk mewarisi hidup sebagai nelayan," itulah bekal yang disuapnya berkali-kali setiap kali dijengahnya aku di kampus asrama. Cikgu Hisyam hidupkan jiwaku dengan iltizam dan keyakinan.

"Kemiskinan bukan sesuatu yang perlu diwarisi" aku ingat kata-kata itu. Kata-kata dari lidah guru Bahasa Melayuku. Cikgu Hisyam yang memilih untuk membujang demi membantu aku dan keluarga.

Daripada kampus sekolah berasrama, aku melangkah mengutip satu demi satu kejayaan hingga berjaya melakar nama di menara gading tersohor di ibu negara. Berkat doa dan pesan mulus insan keramat itu yang membantuku zahir dan batin, aku menempa kejayaan luar biasa dengan skor gred tertinggi untuk melayakkan aku menyambung ijazah kedua di luar negara.

Meski, sudah bergelar graduan luar negara sambil menikmati udara dingin, aku tidak pernah lupa tarikh keramat itu. Tarikh 16 Mei yang melimpah kenangan dan ingatan silam. Tarikh suci yang terpercik doa dan cinta abadi untuk guru-guru yang pernah menabur budi.

Kepada Cikgu Hisyam, e-mel penyambung silaturrahim buat insan paling kuhargai itu sesudah aku jauh berkelana di bumi Eropah melengkapkan tesis untuk ijazah kedoktoranku yang kian hampir di penghujungnya. Tidak pernah kulupa sedetikpun untuk membisikkan ucap selamat hari guru setiap kali Mei menjengah singgah di lipatan musim.

Daripada seorang anak nelayan miskin yang tiada apa-apa kini sudah hampir menggenggam gerbang akademik tertinggi. Dalam tempoh terdekat, jawatan pensyarah bertaraf profesor di sebuah universiti tersohor di ibu kota sudah sedia menantiku.

Tanggal 16 Mei menjadi sejarah yang kekal mengharum. Tarikh keramat yang terlalu istimewa . Subur dalam jambangan memori. Nostalgia kasih buat Cikgu Hisyam, guru Bahasa Melayu pertamaku itu tetap ranum melebat di sanubari meski detik hari dan waktu terus berputar jauh . Dialah watak penting yang mengubah perjalanan anak nelayan serba daif dan melarat ini.

"Cikgu Hisyam disahkan mengidap barah otak pada peringkat empat. Tahap serius yang mengganggu sistem saraf ingatannya. Doktor meramalkan jangka hayatnya enam bulan bergantung kepada semangat dan kecekalannya berjuang melawan penyakit," khabar yang diutuskan seorang kenalan merentap perasaan kecilku di kampus Oxford ini. Bayangan wajah insan mulus itu menjengah hadir bertamu di ruangan kalbu dari hari ke hari. Terasa ingin segera terbang pulang ke tanah air menyantuni insan yang berkorban segalanya untuk aku dan keluarga.

Masa pantas beredar di hujung aspal waktu. Detik kepulangan, tiba juga sesudah kusudahi tesis terakhir untuk ijazah doktor falsafah. Sebaik menginjak di bumi tanah tumpah darahku, perkara pertama yang melantun alun fikirku adalah menziarahi Cikgu Hisyam yang telah lebih lima tahun tidak bersua wajah.

Pagi itu, bulan Mei yang cerah, sehari sebelum sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara aku meredah kesibukan jalan raya di ibu kota, sebelum tiba di hadapan rumah kayu berpagar cantik di Jalan Semarak. Halaman yang redup dengan pohon-pohon rimbun menyambut kehadiranku. Aku memberi salam perlahan. Lama kemudian, salamku disambut deheman suara dari hujung kamar. Sebaik melangkah masuk, kutatapi wajah cengkung itu dengan tubuh kurus melidi terbaring tidak bermaya.

"Cikgu tidak kenal saya lagi?" tanyaku dalam getar perasaan. Dia pandang mataku dalam redup kuyu.

"Sayalah Irwandi. Anak murid cikgu di Sekolah Kampung Laut. Profesor Doktor Irwandi," kuperkenalkan diri di hujung cuping telinganya. Dia mengeleng-gelengkan kepala menatap wajahku dengan tidak berkelip. Gerak bibirnya bagai menutur sesuatu.

Kemudian, kukeluarkan seplastik ikan masin dan sebungkus belacan cuba memulihkan ingatannya. Dia tenung mataku dalam-dalam buat seketika sebelum memeluk tubuhku erat-erat dalam leleh air mata yang mula membasahi pipi. Gerak lidahnya cuba berkata sesuatu yang tidak kufahami.

Seharian aku bersamanya berkongsi menghimbau kenangan silam dalam keuzuran diriya yang separuh lumpuh. Berkali-kali aku cadangkan supaya tinggal sahaja bersamaku agar keadaan dirinya terjaga namun dia menolaknya.

Tiga hari sesudah itu, ketika aku baharu sahaja hendak ke pejabat, telefon berdering menyampaikan berita sendu itu. Khabar yang kuterima meluluhkan seluruh hatiku. Cikgu Hisyam menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya seusai solat Subuh. Plastik ikan masin dan belacan pemberianku masih erat di tangannya.

Aku bergegas ke rumahnya membaca Yassin dan doa. Kuuruskan segala urusan pengebumiannya dengan penuh reda. Solat jenazah aku jugalah yang mengimaminya tanda kasih buat guru tercinta. Dari hujung lidahku tidak henti-henti doa mengkhatami bibir kerdilku dalam kepasrahan. Di tanah pusara yang berselubung sunyi, aku jugalah yang membaca lafaz-lafaz talkin untuk seorang muaddib dikasihi yang telah menghadiahi aku segala-galanya. Hanya itulah sumbangan tulusku di hujung ayat-ayat suci dan kalimah doa menatap pusara guru yang kuingati sepanjang hayat.