CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 8, 2009

sEsuCi Kain puTih

GAMBAR HIASAN

“Hello, Mirna. Dah ciap ke belum solatnya? Along dah di luar ni.” Setelah mendapat jawapan, segera dimatikan telefon bimbitnya. Dilihatnya wanita yang sungguh ayu datang ke arahnya, lengkap menutup aurat, sejuk di hati tatkala melihat. “Maaf along, Mirna lambat. Orang perempuan biasalah.” Mirna tersenyum harap tidak dimarahi. Zakuan membalas senyuman manis adik kesayangannya itu dan mereka terus menuju ke arah kereta proton Waja untuk pulang ke rumah.

“Along, tak hendak carikan kakak untuk Mirna dengan abang Hazlan ke?” Timbul lagi perbualan yang tidak digemari Zakuan itu. “Macam manalah nikmat ada kakak dalam rumah kita tu?” Bijak sungguh Mirna ingin mengenakan abangnya yang seorang ini. “Mirnakan dah ada Along, abang Hazlan, umi, dengan abah. Tak cukup lagi ke?” Dilayan juga adik perempuannyanya yang seorang itu. “Memanglah Along, tapi Mirna kasihankan Along je. Kawan-kawan Along dah ramai yang berkahwin, dah dapat anak pun.” Zakuan hanya mendiamkan diri dan tenggelam dalam dilemanya.

“Abang janji, abang akan sayang Zira selamanya.” Sambil memeluk dengan galak wanita tersebut. Sekalian alam seperti tidak menghiraukan pasangan yang sedang lalai berada dalam keseronokan duniawi itu. Keasyikan nafsu dan hadirnya syaitan amat melalaikan dua insan ini. Zakuan tidak sedar apa yang terjadi salah atau benar. Dia cuma tahu Azira tetap akan menjadi miliknya suatu masa nanti.

“Along! Oh, along? Ahmad Zakuan bin Ahmad Rahim!!!” Tersentak dari lamunan yang memeritkan jiwa Zakuan itu. “Ha, jangan sampai terbabas pula along termenung tu! Mirna tak mahu padam lagi. Waja ini pun tak mahu rosak lagi.” Petah sahaja adiknya berkata. Zakuan hanya tersenyum dan meneruskan pemanduan yang sudah hampir dengan rumahnya.

Sesampainya di rumah, mereka telah siap disediakan makan malam oleh umi tersayang. Bau makanan yang menusuk tajam hidung mancung dua beradik itu, menunjukkan masakan ibu tersayanglah yang paling lazat. “Umi, tolong carikan Mirna dengan Hazlan kakak ipar.” Tiba-tiba Zakuan deras berbicara tentang perkara yang sering dilarikannya. Sudah tujuh tahun dia mencari semula ketenangan yang telah dia sendiri hancurkan dahulu. Dia cuba untuk membersihkan hatinya, jikalau boleh dibersihkan seperti hati Rasulullah dengan air Zamzam, itulah yang amat diingininya. Agar tiada lagi dosa noda yang telah dilakukannya suatu ketika dahulu.

“Zira minta maaf abang. Zira sayangkan abang. Zira janji tak buat lagi.” Zakuan tidak pasti adakah itu air mata asli atau hanya alat untuk mengumpan dirinya memaafkan wanita yang menikam jiwanya, bukanlah dengan pisau namun bagai ditikam dengan tombak. Melihat kekasih tercinta berpelukan dengan lelaki lain, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima Zakuan. Luluh sungguh hatinya, hancur bagai kapal karam di lautan. Mungkin dia tidak arif dengan wanita. Tetapi, firasat hatinya mengatakan agar membiarkan Azira. Lupakan Azira. Empat tahun menyulam cinta yang hadir, namun semuanya dusta. Inilah bahana cinta yang tidak berlandaskan kesucian agama.

Semua di meja makan tergamam. “Betul ke ni along?” Tanya umi. “Betul umi.” “Alhamdulillah.” Seru Mirna sambil meminta abah dan Hazlan mengucapkannya sekali. “Biar Mirna bubuh nasi untuk Along. Lepas ni, tak dapat dah nak tolong Along, dah ada orang lain kan.” Tersenyum gembira adik manjanya itu. Zakuan tahu keluarganya amat menantikan detik ini. Ya, aku yakin! Aku mampu melakukannya.

Bukan harta, pangkat atau kecantikan yang dipinta. Namun agama yang suci menjadi pilihan. “Dah lama umi berkenan dengan Syafnie, tapi Along tak mahu.” Jelas tergambar kegembiraan di wajah bonda tercinta. “Sekarang kan Along dah mahu umi.” Sambil mengenggan erat tangan Syafnie yang sah bergelar isterinya. Zakuan mengharapkan kisah lamanya diampunkan Allah, moga cinta yang dibina ikhlas kerana-Nya dirahmati dan kekal hingga ke ahirat kelak. Kini, Syafnie ibarat kain putih yang suci perlu dijagai dengan penuh teliti. Ya Allah, Kau Maha Pemurah, Kau Maha Pengampun. Aku bersyukur...

0 comments: