CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 26, 2010

KECELARUAN vs KEYAKINAN

Andai satu kesilapan berlaku, adakah kita ingin mengulanginya jika kita sudah diberi peluang dariNya? Adakah mampu untuk kita terus menilai diri yang penuh dosa dan noda ini…?untuk menjadi seperti yang orang pandang pada diri kita… adakah perlu pandangan orang lain dalam meniti perjuangan sebagai insan yang kerdil di bumi Allah ini.. inilah persoalan-persoalan yang bermain di fikiran sejak akhir-akhir ini…celaru...


Bagaimana ingin kita berdakwah, sedangkan tiada keyakinan dalam diri ini atas sebab pernah melakukan kesalahan yang tak mudah dihilangkan rasa bersalahnya. Adakah hanya perlu membiarkan dakwah dan meneruskan apa yang kita mahu, mengikut nafsu yang tidak mendatangkan manfaat. Dari mana datangnya aqidah seorang insan? Aqidah merupakan ikatan atau simpulan keyakinan yang mengikat pemikiran, diri, dan hati seseorang di mana menjadikan hidupnya sentiasa mengarah kepada mentauhidkan Allah yang Esa. Menjadikan diri insan itu menuju satu kehidupan yang terpimpin dan bermatlamat. Fikir2kan………… sudah sampaikah kita menuju kehidupan yang terpimpin itu? Dapatkah kita rasakan keyakinan yang mengikat seorang insan dengan Pencipta dirinya..


Buat semua pembaca, bagaimana kita nak dapatkan keyakinan untuk teruskan perjuangan? Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita selaku hambaNya. Sentiasa kita dengar banyakkan berzikir, selalu meminjamkan telinga untuk mendengar tazkirah, puasa sunat dan banyak lagi. Buatkah kita semua yang kita dengarkan ni? Kalu buat, Alhamdulillah, kalau belum sama-samalah kite menujunya, InsyaAllah. Dalam program2 ilmiah dan amalan-amalan inilah yang telah banyak menguatkan diri seseorang insan di mana menghasilkan keyakinan yang utuh dalam diri. Malah di samping itu juga ukhuwah pasti terbina, kerana hidup berseorang, kita tidak dapat mengembangkan minda, kita perlu bersama orang ramai untuk mengembang minda, berkongsi cerita suka dan duka.. biarpun orang yang kita rasakan terbaik untuk mendengar cerita kita tiada di sisi, jangan luntur keyakinan, kerana Allah masih memberi ramai sahabat dan teman yang sering menyokong diri kita. jangan biarkan kecelaruan merajai diri kita. Yang pasti Allah sentiasa dengan hambaNya. Yakinlah dengan janji Allah, keyakinan inilah pusat bagi ikatan antara semua perkara.


Dalam mencari keyakinan dan kekuatan terutamanya bagi pelajar-pelajar kampus, pergilah kepada tiga perkara ini;

1) Menuju ke surau/masjid

2) Menyertai usrah

3) Bergaullah dengan rakan yang baik.



InsyaAllah, Allah akan letakkan diri kita dalam keadaan yang tenang jika kita ikhlas menjalani segalanya keranaNya….pasti akan dihadirkan keyakinan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan perjuangan di dunia yang penuh dengan ujian..


Bismillah..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…

Kau hadirkanlah rasa cintaku kepadaMu, agar tiadalah selain Engkau untuk aku bergantung harap..Aminnn…

0 comments: