CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 16, 2010

mr. X and Mr. R

mr. X? Mr. R? bagi seseorang yang hanya menggunakan pandangan akal, pasti hanya mengatakan bahawa mr. X dan Mr. R adalah tokoh-tokoh yang perlu kita ketahui dalam mata pelajaran tertentu seperti falsafah dan pendidikan di Malaysia atau dalam perkembangan kanak-kanak.. uish.. awal-awal da ckp pasal mata pelajaran ni.. da la minggu student IPG periksa sekarang ni.. hehehe.. jangan marah ye.. pe pandangan sahabat-sahabat tentang mr. X dan Mr. R ni.. saya da bagi pun jawapan untuk salah satunya. (^_^)
 
pe pulak pandangan orang yang menggunakan pandangan nafsu? 
" Ni mesti nak citer pasal lelaki yang diidam-idamkan oleh seorang wanita.."
" mr. X mesti la lelaki yang kite tunggu untuk bersama nanti.. hmm. kalau Mr. R pulak mesti nak cakap lelaki tu adalah betul yang terbaik buat kita..mcm mr. Right" 
mungkin pelbagai lagi dialog-dialog yang bermain di kepala sahabat-sahabat tentang tajuk post kali ni..
haaa..pandangan hati macam mane pulak? ada jawapan tak? ikutkan pandangan hati saya sudah tentulah mr.X dan Mr. R menyatakan sesuatu yang sedang dekat dengan kita di mana ia memberi kebaikan dan peringatan yang sangat bermakna buat diri kita. ni mesti sesuatu yang berkaitan dengan Kekasih kita yang Satu.
jadinye..saya akan bagi jawapan sekarang...

mr. X = eXamination

Mr. R = Right for us (ALLAH) 

jadi bagi semua pandangan, anda renung-renungkanlah kembali apa yang anda fikirkan..
Saya telah mendapat sedikit ilmu hasil kepergian ke satu majlis ilmu pada tengahari jumaat yang lepas.. mungkin sesiapa yang pergi, insyaAllah akan tahu majlis dan program apa yang berlangsung ketika itu. ingin saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang perlu kita ambil perhatian buat mr. X yang akan menjelma pada minggu ini. Setiap orang perlu menjaga  diri mereka dengan baik bagi bertemu dengan mr. X masing-masing. Saya fikir, sahabat-sahabat pasti ada cara yang pelbagai untuk menjaga diri untuk bertemu dengan sesuatu yang kita rasakan  penting buat kita sebagai seorang pelajar. Mari kita kongsi sama-sama. 


PERTAMA: PENJAGAAN EMOSI
-Saya berpendapat bahawa semua faham dengan emosi, terutamanya bakal guru yang menuntut di IPG. Hal ini kerana pembelajaran tentang emosi merupakan bahagian penting kerana aspek inilah yang utama apabila kita berhadapan dengan anak-anak murid kita kelak. Sepanjang menghampiri mr. X kita perlu mengawal emosi kita dengan baik, kerana jika kita tidak dapat mengawal emosi kita sebelum bertemu mr.X kegusaran, keserabutan dan pelbagai perkara negatif lagi yang bakal kita timpa. Sudah Jatuh ditimpa Tangga Pulak.. bila tak dapat kawal emosi, mula serabut tak tentu arah, then nak jumpa dengan mr. X pun macam nak tanak jek.. betul kan??? Maka, sama-samalah kita mengawal perasaan kita dari pelbagai segi.. banyakkan bertenang untuk berdepan dengan mr. X nanti ye..(^_~)


KEDUA: PENJAGAAN FIZIKAL

-Penjagaan dari segi fizikal pula membawa kita untuk menjaga anggota tubuh badan kita dengan baik. biar bila jumpa mr. X nanti xdelah cacat celanya.. biar mr. X rasa terpesona nampak kita kat DMM nanti.. tempat dating semua orang dengan mr. X masing-masing. jaga keselamatan diri, kalu boleh bak kata penyampai tazkirah pada majlis itu mengatakan, jangan keluar bilik selagi hari untuk bertemu mr. X. hehe.. tapi fikir-fikirkanlah bila masa yang perlu untuk kita keluar. maksudnya tidak perlulah keluar dari kawazan maktab untuk bergumbira. Tumpukan persediaan untuk mr. X nanti. Selain tu, jaga diet pemakanan, nk jumpa mr. X mestilah nampak cantik dan sihat. Kalau muka sembap, layu je, mesti mr. X kecewa dengan pasangan yang die duk tunggu-tunggu. Jaga la diri untuk yang tersayang. 


KETIGA: PENJAGAAN ROHANI

Haa.. Yang ni untuk mr. X ada, untuk Mr. R pun ada. Penjagaan ini adalah bahagian penjagaan yang paling penting sekali.. Coz bila kita dapat CINTA Mr. R insyaAllah, Mr. R akan bagi kita dapatkan cinta mr. X. Jom baca sama-sama pe penjagaan yang perlu ye..


Sentiasa bermunajat untuk mendapatkan ketenangan
Mintalah restu dari ibu bapa kita untuk bersama mr. X
Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran untuk mendapatkan cinta Mr. R
Jauhi maksiat, tu yg kene jage emosi molek-molek
Akhirnya, banyak-banyakkan berdoa dan bertawakal kepadaNya

Justeru itu, sama-samalah kita menjalankan penjagaan rohani ni.. coz bila da jalankan penjagaan rohani insyaAllah kita dapat jalani penjagaan emosi dan rohani...aminnn.. InsyaAllah...


p/s: So, selamat bertemu dengan mr. X/mrs. X masing2 ye.. jangan lupa 'bertemu' dulu dengan Mr. R ye. 

0 comments: