CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 30, 2010

MAAf...

Assalamualaikum..
Sepertinya sangat sudah lama ye blog ni x diperbaharui.. Allah..
Maaf ye.. Ada komitmen lain. (^_^)

Tp buat kali ni, kene jugak post.. sebab.. EXAM da nak datang..
Maknanya semester da nk bis..hehe..
Cerita untuk semester ni pun da nak habis la..

Saya cuma nak mewakili pemulihanianz untuk memohon berjuta-juta kemaafan secara individu mahupun kumpulan jika kami dari kelas pemulihan ada membuat salah atau menyakiti mana2 insan..

Doakan semoga peperiksaan kai ini kami dipermudahkan dan ditenangkan hati untuk menjalaninya,,

GO2! Semarakkan peperiksaan dengan keikhlasan hati demi DIA..

See u all in the next post!
daaa~~~

Thursday, August 12, 2010

~sEmaRak kaSiH~

Seminggu yang lepas, warga IPGKTAA telah menerima satu ziarah besar dari kanak-kanak orang asli sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar daerah Kuala Lipis. IPG telah dijadikan waqi'(tempat) untuk program mereka oleh Pandu Puteri Pahang, alang2 tuh guru pelatih perempuan pulak diamanahkan untuk menjadikan kanak2 org asli ni sebagi adik angkat mereka. So, setiap guru pelatih yang hadir dapatlah adik angkat. Termasuk guru2 pelatih perempuan PISMP PEMULIHAN SEM2 ni jgak. 

Tak dinafikan, memang pada mulanya rasa bengang dengan program ni. tp xtau nape bengang, mungkin terpengaruh dengan luahan marah org lain.huhu(^o^) walhal bile dipikir2kan xde salahnye kite mencari pengalaman bersama anak2 org asli ni. kite kan kene selalu OPTIMIS! nk tulis cikitlah tentatif dieorang, coz  mls nk cite panjang. hehe..

 Jumaat
12:00pm-Pendaftaran dan sesi perkenalan dengan adik angkat>
3:00pm-sesi belajar mendandan diri
8:00pm-DINNER bersama Tg. Puan Pahang
Sabtu
8:00am-rasenye MOtivasi SemaI..xingat lak..coz xjoin..huhu
10:00am-majlis PeNutuP
2:30pm-adik2 ni balik ke destinasi masing2

Sepanjang bersama dengan adik2 org asli ni, dieorg semuanye pemalu.. nasib baik akak2 dieorg seme ramah2.hehe.. sy wakil diri sy ni nak ucap TAHNIAH to all guru pelatih yang terlibat, ESpeciaLly my classMate yang dah berjaya bersama adik2 ni.. walaupun mulanya semua xde moOd sebelum kehadiran adik2 org asli ni, tp sy dapat tengok kesungguhan kwn2 sy ni utk dptkan yg terbaik utk adik2 angkat dieorg..

sanggup belikan sandel, baju, barang mainan, bagi barang2 tersayang kat adik2 tu.. semuanya utk bagi kegembiraan to adik2 org asli ni..(^_^)




Semoga dengan keikhlasan yang kakak2 sekalian bg dapat membina adik2 ni menjadi insan berguna dan dirahmatiNya..cOngraTe!!!

Thursday, July 22, 2010

Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga...

Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah...


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya. 
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam. 
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...
nk bace byk lagi leh klik cni..

Sunday, July 18, 2010

usaha.sama.membawa.jaya

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (Surah As-Saff;4)


Kita sangat ingin dikasihi, disayangi dan dihormati. Kita mencari semua yang berharga ni. Kehidupan di kampus banyak memberi kita erti kasih sayang ni. Persahabatan kerana Allah, perhubungan kerana Allah, sudah pasti membawa kita kepada kebahagiaan yang amat menenangkan. Telah tertulis dan termaktub dalam surat cinta Allah bahawa barisan teratur yang rapi dan bangunan yang tersusun kukuh itu membawa kasihNya kepada kita. Persahabatan yang erat, ukhuwah yang indah, kerjasama yang utuh semuanya, insyaAllah jika kita niatkan keranaNya, Allah pasti akan mengasihi dan menyayangi kita. 



Sepanjang menjalani Minggu UntukMu Wanita yang telah dianjurkan oleh Exco Kerohanian JPP dengan kerjasama Biro Kediaman Asrama sangat memberi erti kepada persahabatan kami. Bukan sekadar kelas kami sahaja, malah bersama dengan unit lain sekali. Saya lihat perbezaan antara pertandingan tahun ni dengan tahun lepas... akibat kurangnya support dari sahabat tahun lepas, agaknya kuranglah markah yang diperoleh dalam pertandingan tuh.. Agaknyelahhh..huhu.. 


Tapi tahun ni??? Hampir keseluruhan unit kami menyertai pertandingan untuk mewakili blok, termasuklah unit PAI, PS, TESL, PT, dan PSV.. Hasilnya blok Mawar banyak memperoleh tempat dalam setiap pertandingan. TAHNIAH saya ucapkan..!!!hehehe.. Ada yg malu2 nak masuk pertandingan, tapi akhirnya jadi johan juga. so, lepas ni semua orang kene cuba, coz kadang2 kite xperasan bakat + potensi kite. kan3? 


Jadi untuk post kali ni sebenarnya nk cakaplah, selagi kita berSATU HATI dan sentiasa berKERJASAMA, SEPAKAT dalam wat sesuatu dan berTAWAKAL kepadaNYA.. insyaAllahuaminin semuanya berjalan lancar dan memberi kepuasan kepada kita(^_~)


Selagi kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita akan merasakan keseronokan dan kepuasan dalam menjalaninya..keep it up all PEmuliHanianzs..hehe
USAHA.SAMA.MEMBAWA.JAYA

Sunday, May 16, 2010

mr. X and Mr. R

mr. X? Mr. R? bagi seseorang yang hanya menggunakan pandangan akal, pasti hanya mengatakan bahawa mr. X dan Mr. R adalah tokoh-tokoh yang perlu kita ketahui dalam mata pelajaran tertentu seperti falsafah dan pendidikan di Malaysia atau dalam perkembangan kanak-kanak.. uish.. awal-awal da ckp pasal mata pelajaran ni.. da la minggu student IPG periksa sekarang ni.. hehehe.. jangan marah ye.. pe pandangan sahabat-sahabat tentang mr. X dan Mr. R ni.. saya da bagi pun jawapan untuk salah satunya. (^_^)
 
pe pulak pandangan orang yang menggunakan pandangan nafsu? 
" Ni mesti nak citer pasal lelaki yang diidam-idamkan oleh seorang wanita.."
" mr. X mesti la lelaki yang kite tunggu untuk bersama nanti.. hmm. kalau Mr. R pulak mesti nak cakap lelaki tu adalah betul yang terbaik buat kita..mcm mr. Right" 
mungkin pelbagai lagi dialog-dialog yang bermain di kepala sahabat-sahabat tentang tajuk post kali ni..
haaa..pandangan hati macam mane pulak? ada jawapan tak? ikutkan pandangan hati saya sudah tentulah mr.X dan Mr. R menyatakan sesuatu yang sedang dekat dengan kita di mana ia memberi kebaikan dan peringatan yang sangat bermakna buat diri kita. ni mesti sesuatu yang berkaitan dengan Kekasih kita yang Satu.
jadinye..saya akan bagi jawapan sekarang...

mr. X = eXamination

Mr. R = Right for us (ALLAH) 

jadi bagi semua pandangan, anda renung-renungkanlah kembali apa yang anda fikirkan..
Saya telah mendapat sedikit ilmu hasil kepergian ke satu majlis ilmu pada tengahari jumaat yang lepas.. mungkin sesiapa yang pergi, insyaAllah akan tahu majlis dan program apa yang berlangsung ketika itu. ingin saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang perlu kita ambil perhatian buat mr. X yang akan menjelma pada minggu ini. Setiap orang perlu menjaga  diri mereka dengan baik bagi bertemu dengan mr. X masing-masing. Saya fikir, sahabat-sahabat pasti ada cara yang pelbagai untuk menjaga diri untuk bertemu dengan sesuatu yang kita rasakan  penting buat kita sebagai seorang pelajar. Mari kita kongsi sama-sama. 


PERTAMA: PENJAGAAN EMOSI
-Saya berpendapat bahawa semua faham dengan emosi, terutamanya bakal guru yang menuntut di IPG. Hal ini kerana pembelajaran tentang emosi merupakan bahagian penting kerana aspek inilah yang utama apabila kita berhadapan dengan anak-anak murid kita kelak. Sepanjang menghampiri mr. X kita perlu mengawal emosi kita dengan baik, kerana jika kita tidak dapat mengawal emosi kita sebelum bertemu mr.X kegusaran, keserabutan dan pelbagai perkara negatif lagi yang bakal kita timpa. Sudah Jatuh ditimpa Tangga Pulak.. bila tak dapat kawal emosi, mula serabut tak tentu arah, then nak jumpa dengan mr. X pun macam nak tanak jek.. betul kan??? Maka, sama-samalah kita mengawal perasaan kita dari pelbagai segi.. banyakkan bertenang untuk berdepan dengan mr. X nanti ye..(^_~)


KEDUA: PENJAGAAN FIZIKAL

-Penjagaan dari segi fizikal pula membawa kita untuk menjaga anggota tubuh badan kita dengan baik. biar bila jumpa mr. X nanti xdelah cacat celanya.. biar mr. X rasa terpesona nampak kita kat DMM nanti.. tempat dating semua orang dengan mr. X masing-masing. jaga keselamatan diri, kalu boleh bak kata penyampai tazkirah pada majlis itu mengatakan, jangan keluar bilik selagi hari untuk bertemu mr. X. hehe.. tapi fikir-fikirkanlah bila masa yang perlu untuk kita keluar. maksudnya tidak perlulah keluar dari kawazan maktab untuk bergumbira. Tumpukan persediaan untuk mr. X nanti. Selain tu, jaga diet pemakanan, nk jumpa mr. X mestilah nampak cantik dan sihat. Kalau muka sembap, layu je, mesti mr. X kecewa dengan pasangan yang die duk tunggu-tunggu. Jaga la diri untuk yang tersayang. 


KETIGA: PENJAGAAN ROHANI

Haa.. Yang ni untuk mr. X ada, untuk Mr. R pun ada. Penjagaan ini adalah bahagian penjagaan yang paling penting sekali.. Coz bila kita dapat CINTA Mr. R insyaAllah, Mr. R akan bagi kita dapatkan cinta mr. X. Jom baca sama-sama pe penjagaan yang perlu ye..


Sentiasa bermunajat untuk mendapatkan ketenangan
Mintalah restu dari ibu bapa kita untuk bersama mr. X
Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran untuk mendapatkan cinta Mr. R
Jauhi maksiat, tu yg kene jage emosi molek-molek
Akhirnya, banyak-banyakkan berdoa dan bertawakal kepadaNya

Justeru itu, sama-samalah kita menjalankan penjagaan rohani ni.. coz bila da jalankan penjagaan rohani insyaAllah kita dapat jalani penjagaan emosi dan rohani...aminnn.. InsyaAllah...


p/s: So, selamat bertemu dengan mr. X/mrs. X masing2 ye.. jangan lupa 'bertemu' dulu dengan Mr. R ye. 

Monday, April 26, 2010

salam..................
juz nk ckp kt all the pemulihanz
that i'm the new blogger in this blog
hopefully u all can support n give me
constructive comment
thats all 4 introduction,
TQ

KECELARUAN vs KEYAKINAN

Andai satu kesilapan berlaku, adakah kita ingin mengulanginya jika kita sudah diberi peluang dariNya? Adakah mampu untuk kita terus menilai diri yang penuh dosa dan noda ini…?untuk menjadi seperti yang orang pandang pada diri kita… adakah perlu pandangan orang lain dalam meniti perjuangan sebagai insan yang kerdil di bumi Allah ini.. inilah persoalan-persoalan yang bermain di fikiran sejak akhir-akhir ini…celaru...


Bagaimana ingin kita berdakwah, sedangkan tiada keyakinan dalam diri ini atas sebab pernah melakukan kesalahan yang tak mudah dihilangkan rasa bersalahnya. Adakah hanya perlu membiarkan dakwah dan meneruskan apa yang kita mahu, mengikut nafsu yang tidak mendatangkan manfaat. Dari mana datangnya aqidah seorang insan? Aqidah merupakan ikatan atau simpulan keyakinan yang mengikat pemikiran, diri, dan hati seseorang di mana menjadikan hidupnya sentiasa mengarah kepada mentauhidkan Allah yang Esa. Menjadikan diri insan itu menuju satu kehidupan yang terpimpin dan bermatlamat. Fikir2kan………… sudah sampaikah kita menuju kehidupan yang terpimpin itu? Dapatkah kita rasakan keyakinan yang mengikat seorang insan dengan Pencipta dirinya..


Buat semua pembaca, bagaimana kita nak dapatkan keyakinan untuk teruskan perjuangan? Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita selaku hambaNya. Sentiasa kita dengar banyakkan berzikir, selalu meminjamkan telinga untuk mendengar tazkirah, puasa sunat dan banyak lagi. Buatkah kita semua yang kita dengarkan ni? Kalu buat, Alhamdulillah, kalau belum sama-samalah kite menujunya, InsyaAllah. Dalam program2 ilmiah dan amalan-amalan inilah yang telah banyak menguatkan diri seseorang insan di mana menghasilkan keyakinan yang utuh dalam diri. Malah di samping itu juga ukhuwah pasti terbina, kerana hidup berseorang, kita tidak dapat mengembangkan minda, kita perlu bersama orang ramai untuk mengembang minda, berkongsi cerita suka dan duka.. biarpun orang yang kita rasakan terbaik untuk mendengar cerita kita tiada di sisi, jangan luntur keyakinan, kerana Allah masih memberi ramai sahabat dan teman yang sering menyokong diri kita. jangan biarkan kecelaruan merajai diri kita. Yang pasti Allah sentiasa dengan hambaNya. Yakinlah dengan janji Allah, keyakinan inilah pusat bagi ikatan antara semua perkara.


Dalam mencari keyakinan dan kekuatan terutamanya bagi pelajar-pelajar kampus, pergilah kepada tiga perkara ini;

1) Menuju ke surau/masjid

2) Menyertai usrah

3) Bergaullah dengan rakan yang baik.



InsyaAllah, Allah akan letakkan diri kita dalam keadaan yang tenang jika kita ikhlas menjalani segalanya keranaNya….pasti akan dihadirkan keyakinan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan perjuangan di dunia yang penuh dengan ujian..


Bismillah..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…

Kau hadirkanlah rasa cintaku kepadaMu, agar tiadalah selain Engkau untuk aku bergantung harap..Aminnn…