Assalamualaikum..
Sepertinya sangat sudah lama ye blog ni x diperbaharui.. Allah..
Maaf ye.. Ada komitmen lain. (^_^)
Tp buat kali ni, kene jugak post.. sebab.. EXAM da nak datang..
Maknanya semester da nk bis..hehe..
Cerita untuk semester ni pun da nak habis la..
Saya cuma nak mewakili pemulihanianz untuk memohon berjuta-juta kemaafan secara individu mahupun kumpulan jika kami dari kelas pemulihan ada membuat salah atau menyakiti mana2 insan..
Doakan semoga peperiksaan kai ini kami dipermudahkan dan ditenangkan hati untuk menjalaninya,,
GO2! Semarakkan peperiksaan dengan keikhlasan hati demi DIA..
See u all in the next post!
daaa~~~
Saturday, October 30, 2010
MAAf...
Posted by specialists at 6:49 PM 0 comments
Thursday, August 12, 2010
~sEmaRak kaSiH~
Posted by specialists at 6:25 PM 0 comments
Thursday, July 22, 2010
Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga...
Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah...
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...nk bace byk lagi leh klik cni..
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...
Posted by specialists at 6:57 PM 0 comments
Sunday, July 18, 2010
usaha.sama.membawa.jaya
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (Surah As-Saff;4)
Kita sangat ingin dikasihi, disayangi dan dihormati. Kita mencari semua yang berharga ni. Kehidupan di kampus banyak memberi kita erti kasih sayang ni. Persahabatan kerana Allah, perhubungan kerana Allah, sudah pasti membawa kita kepada kebahagiaan yang amat menenangkan. Telah tertulis dan termaktub dalam surat cinta Allah bahawa barisan teratur yang rapi dan bangunan yang tersusun kukuh itu membawa kasihNya kepada kita. Persahabatan yang erat, ukhuwah yang indah, kerjasama yang utuh semuanya, insyaAllah jika kita niatkan keranaNya, Allah pasti akan mengasihi dan menyayangi kita.
Sepanjang menjalani Minggu UntukMu Wanita yang telah dianjurkan oleh Exco Kerohanian JPP dengan kerjasama Biro Kediaman Asrama sangat memberi erti kepada persahabatan kami. Bukan sekadar kelas kami sahaja, malah bersama dengan unit lain sekali. Saya lihat perbezaan antara pertandingan tahun ni dengan tahun lepas... akibat kurangnya support dari sahabat tahun lepas, agaknya kuranglah markah yang diperoleh dalam pertandingan tuh.. Agaknyelahhh..huhu..
Tapi tahun ni??? Hampir keseluruhan unit kami menyertai pertandingan untuk mewakili blok, termasuklah unit PAI, PS, TESL, PT, dan PSV.. Hasilnya blok Mawar banyak memperoleh tempat dalam setiap pertandingan. TAHNIAH saya ucapkan..!!!hehehe.. Ada yg malu2 nak masuk pertandingan, tapi akhirnya jadi johan juga. so, lepas ni semua orang kene cuba, coz kadang2 kite xperasan bakat + potensi kite. kan3?
Jadi untuk post kali ni sebenarnya nk cakaplah, selagi kita berSATU HATI dan sentiasa berKERJASAMA, SEPAKAT dalam wat sesuatu dan berTAWAKAL kepadaNYA.. insyaAllahuaminin semuanya berjalan lancar dan memberi kepuasan kepada kita(^_~)
Selagi kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita akan merasakan keseronokan dan kepuasan dalam menjalaninya..keep it up all PEmuliHanianzs..hehe
Posted by specialists at 9:49 PM 0 comments
Sunday, May 16, 2010
mr. X and Mr. R
p/s: So, selamat bertemu dengan mr. X/mrs. X masing2 ye.. jangan lupa 'bertemu' dulu dengan Mr. R ye.
Posted by specialists at 6:27 PM 0 comments
Monday, April 26, 2010
salam..................
juz nk ckp kt all the pemulihanz
that i'm the new blogger in this blog
hopefully u all can support n give me
constructive comment
thats all 4 introduction,
TQ
Posted by momochi at 11:50 PM 0 comments
KECELARUAN vs KEYAKINAN
Andai satu kesilapan berlaku, adakah kita ingin mengulanginya jika kita sudah diberi peluang dariNya? Adakah mampu untuk kita terus menilai diri yang penuh dosa dan noda ini…?untuk menjadi seperti yang orang pandang pada diri kita… adakah perlu pandangan orang lain dalam meniti perjuangan sebagai insan yang kerdil di bumi Allah ini.. inilah persoalan-persoalan yang bermain di fikiran sejak akhir-akhir ini…celaru...
Bagaimana ingin kita berdakwah, sedangkan tiada keyakinan dalam diri ini atas sebab pernah melakukan kesalahan yang tak mudah dihilangkan rasa bersalahnya. Adakah hanya perlu membiarkan dakwah dan meneruskan apa yang kita mahu, mengikut nafsu yang tidak mendatangkan manfaat. Dari mana datangnya aqidah seorang insan? Aqidah merupakan ikatan atau simpulan keyakinan yang mengikat pemikiran, diri, dan hati seseorang di mana menjadikan hidupnya sentiasa mengarah kepada mentauhidkan Allah yang Esa. Menjadikan diri insan itu menuju satu kehidupan yang terpimpin dan bermatlamat. Fikir2kan………… sudah sampaikah kita menuju kehidupan yang terpimpin itu? Dapatkah kita rasakan keyakinan yang mengikat seorang insan dengan Pencipta dirinya..
Buat semua pembaca, bagaimana kita nak dapatkan keyakinan untuk teruskan perjuangan? Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita selaku hambaNya. Sentiasa kita dengar banyakkan berzikir, selalu meminjamkan telinga untuk mendengar tazkirah, puasa sunat dan banyak lagi. Buatkah kita semua yang kita dengarkan ni? Kalu buat, Alhamdulillah, kalau belum sama-samalah kite menujunya, InsyaAllah. Dalam program2 ilmiah dan amalan-amalan inilah yang telah banyak menguatkan diri seseorang insan di mana menghasilkan keyakinan yang utuh dalam diri. Malah di samping itu juga ukhuwah pasti terbina, kerana hidup berseorang, kita tidak dapat mengembangkan minda, kita perlu bersama orang ramai untuk mengembang minda, berkongsi cerita suka dan duka.. biarpun orang yang kita rasakan terbaik untuk mendengar cerita kita tiada di sisi, jangan luntur keyakinan, kerana Allah masih memberi ramai sahabat dan teman yang sering menyokong diri kita. jangan biarkan kecelaruan merajai diri kita. Yang pasti Allah sentiasa dengan hambaNya. Yakinlah dengan janji Allah, keyakinan inilah pusat bagi ikatan antara semua perkara.
Dalam mencari keyakinan dan kekuatan terutamanya bagi pelajar-pelajar kampus, pergilah kepada tiga perkara ini;
1) Menuju ke surau/masjid
2) Menyertai usrah
3) Bergaullah dengan rakan yang baik.
InsyaAllah, Allah akan letakkan diri kita dalam keadaan yang tenang jika kita ikhlas menjalani segalanya keranaNya….pasti akan dihadirkan keyakinan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan perjuangan di dunia yang penuh dengan ujian..
Bismillah..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
Kau hadirkanlah rasa cintaku kepadaMu, agar tiadalah selain Engkau untuk aku bergantung harap..Aminnn…
Posted by specialists at 8:50 AM 0 comments
Monday, April 5, 2010
PBS vs SBE..huhuhu
Assalamu'alaikum semua........!!!
some sbe's pitcures...
malas nk bercerita..
tgk2 jelah ye..da lame da pun g ni...
sori u gamba dr negeri len xde..
ni yg kat nogori 9 jek..
maaf lame xpost..coz da lame x online..
Posted by specialists at 7:47 PM 0 comments
Saturday, January 23, 2010
Allah Selamatkan Kamu2!!!!!
Persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di mata
Detik waktu yg berlalu
Menjadi memori kau dan aku
Haaaa..penah dgr x ayat kat atas tu??
Ayat kat atas tu antara lirik lagu Cebisan Kenangan yg dinyanyikan Amar..
Lagu ni khas wat seme kwn2 espcially to besday girl yg baru mencapai umur yg ke-20..
Siti Nur ‘Ain bt Anuar
&
Masharita bt Jamaludin
Sweet sgt mlm tuh..walaupun kek dan aiskrim mjadi senjata, tp kesan senjata tulah yg mberikan kenangan yg amat bermakna wat kite seme.. walaupun penulis sendiri fobia dgn serangan oleh Major Siti Anisa..hehe.. tp penulis rase seronok coz Major ‘tu’ bersama2 gengnye tak lupakan sesiapa pun dlm serangan kek+aiskrim mlm tuh.. hehe..
Semoga ukhuwah dan persahabatan yg terjalin sentiasa terikat kuat selamanya..
Same2lah kite doakan moga ukhuwah yg manis ini benar2 semata2 kerana Allah dan akan kekal dunia n akhirat..(^_^).. Kerana hanya Allah kite berada di dunia ini.. Sahabatlah antara pendokong utama yg membantu kita dlm mencari cinta yg hakiki..
Sorang lagi besday tarikhnyer, 19 januari... abe yoo org panggil(^_^)..yg pakai bju ijau tu yek..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui hati2 ini berhimpun dlm cinta pada-Mu, telah berjumpa dalam taat pada-Mu, telah bersatu dlm dakwah pada-Mu, telah berpadu dlm mbela syariat-Mu. Teguhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cinta kasihnya. Tunjukilah jalan-jalanNya. Penuhilah hati2 tersebut dgn cahaya-Mu yg tidak pernah hilang. Lapangkanlah dada2 kami dgn kelimpahan iman kepada-Mu dan indahnya bertawakkal kepada-Mu. Hidupkanlah hati ini dgn ma’rifat kepada-Mu. Matikanlah ia dlm syahid di jalan-Mu. Engkaulah sebaik2 Pelindung dan sebaik2 Penolong.
Amiiiiin ya rabbal ‘alamiinn....
selamat menyambut hari lahir yg ke-20 wat Zikrul, Ain ngan Mas!!!! Gud luck in ur life k..
Posted by specialists at 7:32 AM 0 comments
Friday, January 8, 2010
Renung-renungkan....
Assalamualaikum w.b.t
Tujuan posting ini hanyalah bertujuan memberi peringatan kpd semua muslimat (mat).
Termasuklah diri ini..
Bila ana tgk page2 dlm e-GAMIS ni,,,kebanyakan mat meletakkan gambar mereka yang mmg menampakkan seluruh wajahnya.....bukan hanya di sini, tapi dimana2 web sprt fs, facebook n etc.
Ana rasa terpanggil disini utk mengingati kalian semua, sebab ana sayang sangat kat anda semua walaupun ana tak kenal..sebab kita saling bersaudara.
Jadi, ape yang ana nak cakap di sini adalah
Gantilah gambar sahibah semua dgn avatar atau kartun islamik
memanglah wajah kita bukan aurat, tapi cube sahabt2 semua fikirkan, kini IT semakin berkembang dengan sangat pesat, pelbagai perisian pengeditan gambar telah berkembang...ana takut gambar sahibah semua akan menjadi fitnah...ya Allah, hindarilah semua itu..
kat sini juga ana paste kan pendapat yang diberikan oleh seorang muslimin tentang gambar2 muslimat di alam maya, baca n fikirkanlah...dia juga memberi penerangan yg jelas kenapa gambar muslimat tidak boleh diletakkan di alam maya ini...dan jalan penyelesainnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
wallahua'lam...
------------------------------------------------------------------------------------
Semoga kita semua sentiasa dibawah lembayung pelindungan Allah..amin
~~~Berilah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang muk'min~
Posted by specialists at 9:15 AM 0 comments
Saturday, November 21, 2009
ciNta LeLaki??
salam...saya br menghabiskan masa dgn membaca buku motivasi yg bertajuk "Membina Rasa Cinta" yg ditulis oleh Dr. HM Tuah, mesti sume knal kn motivator tu..hm...saya nk kongsi sket ngan sume pasal -Kesungguhan CINTA seorang LELAKI- ahaaaaa...sume mesti baca tau...hehe
1. kesungguhannya dlm melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu,tanpa sedikit pon t'lihat keterpaksaan.semuanya dilakukan dgn rela,ceria dan pnoh bahagia.
2. dia brasa puas apb dpt menghiburkn pasangannya.dia bukan seorg lelaki yg hipokrit yg x mempedulikn apakah anda mengalirkn air mata tatkala dia tertawa.
3. dia lebih byk menasihati krn dia amat menyayangi anda sbg kekasihnya mahupun isterinya.
4. dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda.kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yg meluap-luap itu.
5. dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.
6. dia mudah merajuk+sensetif apb anda x menumpukn perhatian sepenuhnya t'hadap dirinya.kdg2 dia seperti anak kecil dlm usaha mendptkn layanan t'baik drpd anda.
7. kerajinannya ketara,t'gambar melalui kesungguhannya melakukan ape saje asalkan membahagiakn anda.
8. kdg2 dia merajuk krn mahukn kata2 lembut drpd anda.dia berasa lega dan gembira apb mendpt kata2 pujukan yg amat didambakn oleh hatinya yg telah diselaputi cinta itu.
9. dia akan gelabah apb b'jauhan dgn anda.dia akan kerap menelefon,menghantar sms dan kdg2 kata2nya puitis skali.
10. dia akan kerap b'tanya apakah anda masih mencintainya,padahal anda telah beberapa kali menyatakn begitu t'hadapnya.
11. lelaki yg jujur dan cukup 'mabuk' dlm alam p'cintaannya pasti x akan melayan pompuan lain sewenang-wenangnya.die berasa b'dosa b'buat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
hm...amacam??ad ke x ciri2 nih dlm pria2 terhebat kamu?hehe,sekadar ntok seronok2 yg ingin dikongsi bersama...hope dat u'll enjoy it!!!
Posted by Ed at 7:36 AM 0 comments
Labels: moTibaSi
Wednesday, November 18, 2009
Oo0pPSss!!!!
Posted by specialists at 10:08 PM 0 comments
Monday, October 26, 2009
PenaNTIan 3 minGGU...
salam'alaikum...(^_^)
Posted by specialists at 8:32 PM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
sEsuCi Kain puTih
“Hello, Mirna. Dah ciap ke belum solatnya? Along dah di luar ni.” Setelah mendapat jawapan, segera dimatikan telefon bimbitnya. Dilihatnya wanita yang sungguh ayu datang ke arahnya, lengkap menutup aurat, sejuk di hati tatkala melihat. “Maaf along, Mirna lambat. Orang perempuan biasalah.” Mirna tersenyum harap tidak dimarahi. Zakuan membalas senyuman manis adik kesayangannya itu dan mereka terus menuju ke arah kereta proton Waja untuk pulang ke rumah.
“Along, tak hendak carikan kakak untuk Mirna dengan abang Hazlan ke?” Timbul lagi perbualan yang tidak digemari Zakuan itu. “Macam manalah nikmat ada kakak dalam rumah kita tu?” Bijak sungguh Mirna ingin mengenakan abangnya yang seorang ini. “Mirnakan dah ada Along, abang Hazlan, umi, dengan abah. Tak cukup lagi ke?” Dilayan juga adik perempuannyanya yang seorang itu. “Memanglah Along, tapi Mirna kasihankan Along je. Kawan-kawan Along dah ramai yang berkahwin, dah dapat anak pun.” Zakuan hanya mendiamkan diri dan tenggelam dalam dilemanya.
“Abang janji, abang akan sayang Zira selamanya.” Sambil memeluk dengan galak wanita tersebut. Sekalian alam seperti tidak menghiraukan pasangan yang sedang lalai berada dalam keseronokan duniawi itu. Keasyikan nafsu dan hadirnya syaitan amat melalaikan dua insan ini. Zakuan tidak sedar apa yang terjadi salah atau benar. Dia cuma tahu Azira tetap akan menjadi miliknya suatu masa nanti.
“Along! Oh, along? Ahmad Zakuan bin Ahmad Rahim!!!” Tersentak dari lamunan yang memeritkan jiwa Zakuan itu. “Ha, jangan sampai terbabas pula along termenung tu! Mirna tak mahu padam lagi. Waja ini pun tak mahu rosak lagi.” Petah sahaja adiknya berkata. Zakuan hanya tersenyum dan meneruskan pemanduan yang sudah hampir dengan rumahnya.
Sesampainya di rumah, mereka telah siap disediakan makan malam oleh umi tersayang. Bau makanan yang menusuk tajam hidung mancung dua beradik itu, menunjukkan masakan ibu tersayanglah yang paling lazat. “Umi, tolong carikan Mirna dengan Hazlan kakak ipar.” Tiba-tiba Zakuan deras berbicara tentang perkara yang sering dilarikannya. Sudah tujuh tahun dia mencari semula ketenangan yang telah dia sendiri hancurkan dahulu. Dia cuba untuk membersihkan hatinya, jikalau boleh dibersihkan seperti hati Rasulullah dengan air Zamzam, itulah yang amat diingininya. Agar tiada lagi dosa noda yang telah dilakukannya suatu ketika dahulu.
“Zira minta maaf abang. Zira sayangkan abang. Zira janji tak buat lagi.” Zakuan tidak pasti adakah itu air mata asli atau hanya alat untuk mengumpan dirinya memaafkan wanita yang menikam jiwanya, bukanlah dengan pisau namun bagai ditikam dengan tombak. Melihat kekasih tercinta berpelukan dengan lelaki lain, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima Zakuan. Luluh sungguh hatinya, hancur bagai kapal karam di lautan. Mungkin dia tidak arif dengan wanita. Tetapi, firasat hatinya mengatakan agar membiarkan Azira. Lupakan Azira. Empat tahun menyulam cinta yang hadir, namun semuanya dusta. Inilah bahana cinta yang tidak berlandaskan kesucian agama.
Semua di meja makan tergamam. “Betul ke ni along?” Tanya umi. “Betul umi.” “Alhamdulillah.” Seru Mirna sambil meminta abah dan Hazlan mengucapkannya sekali. “Biar Mirna bubuh nasi untuk Along. Lepas ni, tak dapat dah nak tolong Along, dah ada orang lain kan.” Tersenyum gembira adik manjanya itu. Zakuan tahu keluarganya amat menantikan detik ini. Ya, aku yakin! Aku mampu melakukannya.
Bukan harta, pangkat atau kecantikan yang dipinta. Namun agama yang suci menjadi pilihan. “Dah lama umi berkenan dengan Syafnie, tapi Along tak mahu.” Jelas tergambar kegembiraan di wajah bonda tercinta. “Sekarang kan Along dah mahu umi.” Sambil mengenggan erat tangan Syafnie yang sah bergelar isterinya. Zakuan mengharapkan kisah lamanya diampunkan Allah, moga cinta yang dibina ikhlas kerana-Nya dirahmati dan kekal hingga ke ahirat kelak. Kini, Syafnie ibarat kain putih yang suci perlu dijagai dengan penuh teliti. Ya Allah, Kau Maha Pemurah, Kau Maha Pengampun. Aku bersyukur...
Posted by specialists at 5:55 PM 0 comments
Monday, September 28, 2009
IBU
“Emak jangan lupa masakkan gulai tempoyak ikan patin Raihan tau!”. “Baik, mak akan masak lauk kegemaran kamu. Kamu yang mak risaukan, takut tak jadi balik pula!”. “Isk, mak, sekarang ni cuti semester, mestilah semua orang balik, mak jangan risau, petang jumaat ni, Raihan terpacak dah ada kat depan pintu rumah. Lagipun, mana boleh lepaskan peluang sambut hari jadi Raihan dengan mak!”. “Hm, kalau macam tu, lega hati mak, lagipun mak ada hal sikit dengan kamu.”. “Hal apa pula? Mengenai pak lang lagi? Takkanlah dia masih tak puas hati dengan tanah arwah ayah tu? Bukankah dia dah dapat bahagian dia?”. “Oh, bukan pasal pak lang kamu, nanti kamu balik, kamu akan tahu.”. “Ala, mak ni, dengan Raihan pun nak buat kejutan.”. “Apa salahnya, sekali sekala, hm, mak nak pergi pasar, nak tempah ikan patin kamu dulu, nanti boleh makan yang segar, isinya manis sekali.”. “Hm, baiklah mak, Raihan pun ada kelas, Raihan pergi dulu mak, assalamualaikum.”. “Waalaikumussalam.”. Emak, satu-satunya insan yang paling aku sayangi di dunia ini. Dialah ibu, dialah bapa, dan aku, satu-satunya tempat dia meluahkan segala perasaan, anak tunggalnya. Emak seorang yang tabah, lebih-lebih lagi setelah pemergian arwah ayah yang menghidapi sakit jantung. Kami tidak pernah mengetahui bahawasanya yang penyakit tersebut bisa meragut nyawa ayah kerana itulah kali pertama dan terakhir penyakit tersebut menyerang ayah lalu menyebabkan kematian. Namun, emak sentiasa percaya, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah pesanan arwah ayah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di pangkuan emak dan waktu itu aku baru berumur lapan tahun.
Dua belas tahun telah berlalu. Kenangan bersama-sama arwah ayah masih segar dalam ingatan. Rasanya seperti baru semalam ayah membawa aku menaiki motor kapcainya untuk ke ladang. Aku sering menemani ayah ke ladang kelapa sawit beliau pada hujung minggu. Walaupun ayah mempunyai pekerja bawahannya, namun dia tetap membantu mereka juga. Ayah sering mengingatkan diriku supaya mengikhlaskan hati dalam setiap perbuatan, pasti Allah akan membalas dengan balasan yang baik.
Tetapi kini, ayah sudah tiada. Walaupun emak tidak mampu untuk membuat kerja-kerja seperti ayah, namun emak bijak menguruskan ladang tersebut. Para pekerja amat menghormati emak sepertimana mereka menghormati arwah ayah dahulu. Ketabahan emak membuatkan aku juga tabah menghadapi hidup ini tanpa seorang ayah tetapi aku tidak sekuat emak yang mampu menyembunyikan perasaannya.
Setibanya di rumah,seminggu kemudian, mak long menyambutku di muka pintu. Selepas bersalaman aku bertanyakan ibuku. “Mak long, mana ibu?”. “Raihan, apa yang mak long hendak beritahu pada kamu ini, hendaklah kamu terima dengan redha. Emak kamu ditimpa kemalangan pagi tadi. Dia dalam perjalanan ke pasar untuk mendapatkan ikan patin yang telah ditempahnya daripada Pak Mat. Motor yang dinaikinya ranap dirempuh lori. Sekarang doktor dalam usaha menyelamatkan kakinya kerana kedua-dua belah kakinya tersepit sewaktu kemalangan tersebut.”
Aku hanya mampu berdoa supaya ibuku selamat. Aku tidak sanggup lagi menerima kehilangan insan yang aku sayangi. Air mata yang mengalir tidak henti, menemaniku sepanjang perjalanan ke hospital. Semua orang yang berada di sekelilingku berusaha menenangkanku dengan meniupkan kata-kata semangat. “Ya Allah, moga diberikan peluang lagi untuk merasai kasih sayang seorang ibu,” pintaku.
Posted by specialists at 8:41 PM 0 comments
Wednesday, September 2, 2009
Salam Ya Ramadhan…
Salam’alaikum smuer… haaa..mcm ne pause sahabat2? Especially dak2 pemulihan ni..
Ok tak pose? Ade ker yg pg kantin waktu rehat?.. hehe.. Blog ni tak berseri pulak bulan2 mulia ni..
Penat ke nak lawat-melawat blog ni..sy yg malas nak update sebenarnyer..haaaa.. Pe azam kiter sempena Ramadhan yg mulia ni? Pe erti Ramadhan wat kite? Adakah hanya sekadar tahan nafsu makan ngan minum jek? Atau sebab org len pose kite pun ikot jek, coz kalau nak mkan malu plak..kan3? (fikir2kan lah yerr)
Jom kite tinjau2 golongan org yang puase mcm ne ade antare2 kite semua ni :
1) Golongan yg berpuasa dgn menjage diri dr makan dan minum sje tp tetap melakukan maksiat zahir(puasa pd nama). Maksiat zahir ni contohnyer kite buat something yg Allah da larang dr segi luarannye such as, menipu, berkata yg tak baik, byk lagi laa.
2) Mereka yg terjaga drpd makan, minum dan maksiat2 zahir tp kadang2 tak dpt nak lari dr maksiat batin..haaa.. yg kite panggil seketul hati tu.. yg itulah dr segi batinnyer..(puasa khusus). Bile da berkenaan dgn hati ni, mmg payah kite nak jage, tp kite perlu berusaha.. kerana Allah tidak memandang hasil ape yg kite dapat, tapi ape yg dah kite cube buat dan usaha untuk dpt redha dan sentiasa bkejar2 nak mendekatiNya.
3) Mereka berjaya menahan diri mereka dari nafsu makan, minum, maksiat zahir dan maksiat batin.. Golongan yg dpt melakukan dgn jayanya, maka amat beruntungah mereka coz bukan senang untuk kita meraih sesuatu yag amat disukai oleh Allah.. Semuanya perlukan kesabaran dan kekuatan jiwa dengan pertolongan dariNya juga.
Jadi, sempena kita menjalankan salah satu drpd rukun islam ni, same2 lah kite mencube yg terbaik dalam menjalankan ibadah ini. Namun, jgnlah kite mencerca niat baik seseorang itu biarpun dia pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Anggaplh di bulan yang mulia ni, adalah medium yg paling berharge buat diri kite untuk mengubah diri.. wallahualam~
Posted by specialists at 7:04 PM 0 comments
Saturday, August 8, 2009
mencari yang hakiki~~~
psstt..hehe,oleh sebab keboringan tahap cipan duk umah pada jam 12:08 a.m. hr ni(hr sabtu nk msk ahad,8hb nk g 9hb),maka ak amek keputusan ntok menciplak satu cerpen drpd majalah 'Mingguan Wanita' bil:1330,15-21 Mei bersamaan 20-26 Jamadilakhir 1430 dan diterbitkan oleh Kump. Karangkraf Sdn. Bhd...hehe,tujuan menciplak ini adalah ntok hiburan semata dua mata kerna bdak2 ske baca cerpen n lg satu watak utama cerpen ni...Nur Syahadah namanye..dekat2 ngan namaku,Nur Syuhada...hehe..wat santapan mata dan renungan bersama,terimalah.."Jalan ke Syurga"...
Kelu. Nur Syahadah terdiam. itulah keputusan suaminya...Mampukah diterima? "Abang cintakannya..." Nur Syahadah menentang bebola mata suaminya yang seperti takut-takut memandangnya. "Abang tak cintakan Nur?"..."Abang juga cintakan Nur.."suaminya bersuara lemah.
"Bohong! Abang tak cintakan Nur! Kalau tidak abang tak sanggup menyakiti hati Nur begini..."Amarahnya terhambur. Perasaan sakit hatinya terburai. Sesungguhnya dia bukan sekuat para ummul mukminin yang dapat menerima pembahagian kasih sebegitu.
"Maafkan abang, Nur. Abang tak sangka perkenalan itu membawa abang sehingga mempunyai perasaan sebegini. Tapi abang juga cintakan Nur, percayalah!"
Nur Syahadah diam. Mengawal getar rasa di dalam jiwa. Suaminya menundukkan muka. Mengharapkan pengertian. Mudahnya! Mudahnya suaminya bercakap! Hatinya mengomen.
"Baik. Bawa Nur jumpa dengannya dulu." Dia memutuskan. Apa yang dipertuturkan amat berlainan dengan apa yang di dalam benaknya.
Sejak kecil dia hidup berkongsi kasih ibu..ayah..abang..kakak dan adik-adik. Namun, tiada disangka kali ini dia perlu berkongsi kasih suami pula..
"Assalamualaikum, kak" Si gadis 'Aisyah bersuara.
Nur Syahadah berpaling. Dia memandang gadis itu dari atas kepala hingg ke kaki. Konon tunjuk baiklah tu!
"Oh, inilah perempuan yang hendak merampas suami aku!" Nur Syahadah bersuara keras.
"Nur..." Suaminya, Mukhlis menegur.
"Saya bukan merampas suami kak. Saya cuma hendak menumpang kasih,"jelas 'Aisyah.
Menderam rasa marah di dalam dada Nur Syahadah.
"Macam dah tak ada orang lain dah awak nak cari ye!! Main nak tumpang-tumpang pula!"
Gadis itu menundukkan kepala di hadapannya.
"Maaf, kak. Saya pun tak sangka saya akan ada perasaan ini kepada suami akak. Sungguh. Saya tak sedar bila perasaan ini mula tumbuh di dalam hati saya.." tutur gadis itu dengan penuh sopan.
Namun, perlakuan gadis itu langsung tidak menarik hati Nur Syahadah. Apa yang dia tahu ialah hatinya yang menangis.
"Awak tak fikir ke bagaimana perasaan seorang wanita bila suaminya terpaksa dikongsi dengan wanita lain?" soal Nur Syahadah.
"Saya faham, kak. Tapi, kak... Hidup ini takkan dapat lari dari perkongsian... Kita berkongsi Tuhan yang sama... Rasul yang sama... Ibu... ayah... adik... kakak.."
"Habis tu.. kau nak aku berkongsi suami pula! Mudahnya kau bercakap!" sergah Nur Syahadah tanpa disangka-sangka.
"Nur, tolonglah fahami perasaan abang.. Abang di dalam dilema! Abang mencintai 'Aisyah, abang juga mencintai Nur.."
"Yang mana abang lebih cintai? Nur atau dia?"
"Abang sayang kedua-duanya sekali! Abang tak sanggup kehilangan Nur. Abang juga tak sanggup kehilangan 'Aisyah."
"Abang kena pilih salah satu! Nur atau dia?"
"Jangan buat abang pening, Nur!"
"Kasihankan, abang Mukhlis, kak!" suara 'Aisyah.
Kasihankan abang Mukhlis... ejek Nur Syahadah di dalam hati. Perasaan aku... ada orang kasihan? Mereka hanya pentingkan diri!
Posted by Ed at 9:00 AM 1 comments

